Friday 22 May 2020

Selawat Tafrijiyah

Jadikan amalan harian. Jiwa rasa tenang dan banyak khasiatnya.
Antara kebaikan pengamal selawat ini:-

  1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
  2. Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
  3. Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
  4. Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
  5. Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka.
  6. Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
  7. Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
  8. Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.




Setiap penyakit ada penawarnya.
Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
Menurut Imam Ad-Dainuri, 
"Barang siapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi."
Menurut Syibab Ahmad, 
"Sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana."
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
Sabda Nabi SAW: 
"Barang siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat" – Hadis Riwayat Thabrani

Sumber: Google



Monday 18 May 2020

Lagu Lagu Raya

Jom kita dengarkan lagu lagu raya.
Raikan tanda kita mensyukuri nikmat sebulan beribadah menahan lapar dan dahaga.
Yang tiada usah disedihkan walaupun hakikatnya memang tak leh tipu kaan. 
Panjatkan doa dan hadiahkan Al Fatihah  kepada arwah arwah yang telah menemui Illahi.











Tak Mungkin Bersama-Judika

Lagu yang membuatkan Bunga Cinta Lestari menangis. Yea, maunya tak menangis kaan. Dia kehilangan arwah suaminya. Akak juga sedih. Akak merasai perasaan tu. Walaupun baru 2 tahun arwah pergi meninggalkan kami, kesedihan itu masih ada. 

Syukurnya, kami tidak terbawa oleh emosi. Hanya sekadarnya sahaja. Asbab izin Allah kamu istiqomah mandi garam bukit Aura Rezeki.

Jom dengarkan lagu ini, sambil mendengar sambil terbawa dek kenangan indah bersama arwah.



Saiyadina Aisyah - Isteri Rasulullah

Kisah isteri Rasulullah bernama Aisyah, anakanda Saidina Abu Bakar As Siddiq.
Versi Siti Nurhaliza dan Khai Bahar.




Ainul Mardhiah


Dengarkanlah. Kisah seorang wanita bernama Ainul Mardhiah. Subhanallah indah kisahnya seindah namanya.
Moga kita mampu miliki sifat kewanitaan sepertinya.
Aamiin Ya Allah Ya Mujib





Friday 1 May 2020




"Mansuhnya Kejayaan Seseorang Itu, Apabila Dia Mengabaikan Kata Kata Allah."

"Allah Bertindak Bergerak, Atas Sangkaan HambaNYA".

"Bila Kita Mendahulukan Allah, Maka Allah Akan Menjawabnya Dengan Kasih SayangNYA, RahmatNYA."