Saturday 22 April 2017

Tuisyen Di Rumah - Anak Jadi Seronok Dan Relak

Tuisyen Di Rumah - Anak Jadi Seronok Dan Relak
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Selamat malam semua. Malam ni Kak Maz kena berkarya dan bekerja menggunakan laptop. Kenapa?
Anak-anak tengah mengulangkaji nota dan menjawab soalan menggunakan kaedah " Tuisyen Online - ILearneAce".

Guna internet ke? Oo, malam ni Kak Maz bagi yang aplikasi offline.
Walaupun offline, setiap soalan akan automatik diberikan jawapan terus beserta markah.
" Ibu! Kami dapat 70%, kami jawab soalan Sains".
'Alhamdulillah".

Manakala si adik baru darjah 2, "Ibu, untuk saya tak ada ke?'. 
Nampak gayanya ILearneAce kena buat untuk darjah 1,2 dan 3 juga ni. 

Disebabkan mahu juga, si adik menguji tahap pemikirannya menjawab soalan Matematik tahun 4. Allahu, bersungguh betul dia.

Mama-mama kat luar sana, Kak Maz rasa seronok tau bilamana anak khusyuk membaca nota dan menjawab soalan bersama-sama.
Paling seronok bila mereka gembira dengan markah yang mereka perolehi.

Kenapa masih ragu untuk melabur RM 360 setahun @ RM 180 untuk 6 bulan?
Anda boleh jadi guru kepada anak-anak dengan cara anda sendiri.
Bagaimana? Dah lama saya tinggalkan semua pembelajaran tu?
Kenapa nak susahkan diri, ILearneAce ada sediakan nota untuk kita sebagai guru.

Anda mahu cuba terokai sistem ni? Percuma selama 7 hari.
Sila tinggalkan komen anda di sini atau nak cepat, hubungi Kak Maz 0163961956.

Maziana Zainal
Agen ILearneAce

Monday 17 April 2017

Tempahan ~ Karipap Goreng Dan Temosa Frozen

Tempahan ~ Karipap Goreng Dan Temosa Frozen
Teks : Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com


Assalamualaikum wbt,
Syukur yang teramat bahagia Kak Maz panjatkan kepada Allah swt kerana dengan izinNYA blog ini tergolong dalam carian google anda.

Terima kasih guru Kak Maz, Puan Masayu Ahmad. Beliau telah membimbing Kak Maz sehingga ke garisan penamat. Ya, ia bukan mudah tetapi In Shaa Allah ia berbaloi.

Sekali lagi carian " Temosa Frozen" menambat hati pelanggan. Tempahan demi tempahan Kak Maz dapat, alhamdulillah. Dan dari respon pelanggan yang lalu, kuih Kak Maz sedap katanya. Tak rugi membeli dan akan membelinya lagi.

Kali ini Kak Maz mendapat tempahan untuk Temosa Frozen dan Karipap Goreng.
Kenapa sebut karipap goreng? Karipap je lah 

Kak Maz kan jual Karipap Frozen, yang belum dimasak. Cuma kali ini pelanggan minta yang telah siap digoreng.

Dan inilah cabaran, bilamana pelanggan mahukan ia siap seawal 6 pagi. Wah! Lama Kak Maz tak bangun seawal ini untuk menyiapkan kuih.

Usaha jangan pernah mengalah, teruskan walaupun payah. Kerana kejayaan sedang menanti kita dengan gah. In shaa Allah, doakan ya.


Tempahan karipap goreng mencecah 200 biji manakala untuk sejukbeku, Kak Maz kena sediakan dalam 100 biji.


Temosa yang ditempah adalah dalam 50 biji. Walaupun sedikit, Kak Maz kena sediakan stok sejukbekunya dalam 100 biji juga.

Kenapa?
Sebab, permintaan kuih ini unik. Bila seseorang dah merasa, mereka mohon untuk membeli pula. 
Ada sesetengah tu, bila tengok gambar. Terus teringin nak menempah dan merasainya.
Kekadang, ada yang ingin menempah secara mengejut. Biasanya bila kenduri di saat akhir.

Rezeki itu milik Allah, kita harus berusaha dan memohon kepadaNYA untuk membuka hati-hati manusia. Kerana hati manusia ini, juga milik Allah.


Maziana Zainal 
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)
0163961956

Wednesday 5 April 2017

Alhamdulillah

Alhamdulillah
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

Bila segalanya dipermudahkannoleh Allah SWT. Urusan pembedahan adik Kak Maz berjalan dengan lancar dan berjaya, alhamdulillah.

Walaupun begitu, sedih melihat wajahnya menahan kesakitan atas pembedahan itu. Semoga Allah menyembuhkannya dengan cepat dan sempurna.
Hari ini, adik dah dibenarkan keluar IJN. Lapang dada kami sekeluarga.

Walaupun sibuk ulang alik ke IJN, tugasan harian harus dilaksanakan juga. Rezeki juga bertambah baik, alhamdulillah sekali lagi.

Dengan kelahiran perisa terbaru dari Chef Sanif, jualan semakin melonjak-lonjak.
Ramai dah terkena panahan cinta Kek Jalan Kuchai (KJK).

Nak tengok perisa terbaru kami?
Nah Kak Maz payung sikit. Setakat hari ini dan dari minggu lepas, jualan selang beberapa hari sahaja.

Tengok ni 👇👇👇


Tawaran menjadi agen masih dibuka.
Hubungi Kak Maz yea, 0163961956


Maziana Zaina