Saturday 18 March 2017

Temosa & Karipap Frozen - Tempahan Lagi

Temosa Frozen - Tempahan Lagi
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

Alhamdulillah syukur padaMU Ya Allah. Tempahan masuk lagi lagi untuk karipap dan temosa sejuk beku.

Tempahan dari pelanggan yang telah merasai karipap dan temosa saya. Mula-mula mereka beli 1 dan saya bagi percuma 1 (berbeza jenis kuih), dan hari ini mereka tempah lagi.

Ada sesetengahnya membuat tempahan selepas mendengar testimoni dari pelanggan lama saya. Kebetulan kawannya ingin mencari kuih frozen. Hebatkan hebahan ini.

Nampaknya cuti sekolah ini bakal sibuk saya. Menyiapkan tempahan karipap dan temosa. Biasanya saya akan buat lebih. Senang bagi yang terpikat dan untuk insan tersayang saya.

Mereka cukup susah hati jika saya buat untuk pelanggan tetapi tiada untuk mereka. Menepati selera mereka. Juga senang jika ada tetamu bertandang mengejut.

Nah, saya belanja tengok hasil kuih frozen saya.





Dah lewat entri saya kali ini, tak salah kot. Saya pun dah lama tak berkarya di sini. Sibuk dan jatuh sakit.

Harap minggu ini dan akan datang, saya terus sihat dan bertenaga. Aamiin.


Maziana Zainal
0163961956
Bisnes SejukBeku (Frozen Food)

No comments:

Post a Comment