Sunday 8 January 2017

Kelas Asas Blog Dan Penulisan

Kelas Asas Blog Dan Penulisan
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com


Rezeki yang tak diduga

Saya memang tak menduga diusia mencecah 40an, masih mampu belajar dan menimba ilmu. Dulu saya pernah buat blog, syok bila tengok orang ada blog. Tapi tanpa guru dan ilmu yang betul, blog hanya tinggal blog sahaja. Hanya beberapa orang sahaja yang mengikutinya.

Kini saya berguru dengan Puan Masayu Ahmad, cara menghasilkan sebuah blog. Blog yang mampu memberi manfaat kepada pembacanya. Saya mahukan blog yang mempunyai jiwa serta bersifat santai sahaja.

Di dalam kelas ni, saya diajar teknik-teknik penulisan. Sebenarnya saya ni bukanlah orang yang pandai dalam penulisan, SPM pun ke laut dalam karangan. Kelas ni akan mengajar saya menghasilkan idea-idea untuk menulis. Disarankan sentiasa membawa buku nota dan mencatat apa-apa sahaja yang terlintas difikiran.

Terpikat kepada blog

Ebook ni juga bukan setakat mengajar tentang asas blog tetapi berkongsi pengalaman serta hasil penulisan penulis blog lain untuk dijadikan panduan. 

Bagaimana mereka menguruskan masa mereka sebagai surirumah sepenuh masa atau separuh masa dengan menguruskan blog. Pengalaman mereka dikongsikan di dalam blog mereka dan itu yang saya mahu.

Tak sabar rasanya ingin menghasilkan blog yang bermanfaat. Saya kena lalui latihan sebanyak
44 entri lagi. Semoga saya berjaya. Doakan saya yea teman-teman.

No comments:

Post a Comment