Monday 23 January 2017

Akibat Buli

Akibat Buli
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Akibat kejadian membuli, anak-anak menjadi agresif bila di rumah. Kesan dari sudut psikologi, kita sukar jangka tetapi boleh dilihat dari sudut tingkahlaku dan tahap kesihatan.

Terjadi kepada anak saya sendiri, mereka sering bergaduh kasar antara adik beradik. Mulanya saya tak perasan. Istilah Reverse Psikologi (RP)telah disalah letak. RP sepatutnya menyokong minda seseorang berfikir dan bertindak sebaliknya pada sesuatu.

Dari sudut kesihatan, setiap kali kena buli atau dicederakan tahap kesihatan juga terjejas. Sebagai ibu, terkadang saya terlepas pandang dan buntu untuk menyelesaikannya.
Kecewa? 
Memang saya kecewa. Saya tidak dapat menghadapi situasi anak. Itu belom tekanan dari sudut lain.

Melihat wajah kecil mereka, membuatkan saya tersentuh. Apa yang harus saya lakukan?
Perlukah saya hadiri kelas keibubapaan?

Kadang-kadang cuba memenuhi permintaan mereka untuk bermain. Saya cukup bertegas pada anak-anak, tidak dibenarkan bermain di padang tanpa pengawasan saya atau suami.
Kes penculikkan cukup menakutkan saya. Trauma saya masih ada, dimana kejadian anak saya nyaris diculik secara pukau. Mujur kakak saya ada membantu menyelamatkan.

Saya cuba belajar cara menguruskan anak dengan pelbagai kaedah. Semoga Allah membantu saya. Perlu ada ruang untuk mereka. 

Saya masih dalam usaha mengagih masa dengan betul dan tersusun. Anda ada cadangan untuk membantu saya?
Mohon emailkan kepada saya di sini puanmazianazainal@gmail.com.


Maziana Zainal

No comments:

Post a Comment