Wednesday 20 September 2017

Kisah Pajeri Nenas

Alkisah

Pajeri nenas ni memang kegemaran Kak Maz dari zaman budak lagi. Tapi mesti nak yang ayah atau mak yang masak.

Sepinggan nasi belom tentu cukup tau. Makan bersama ikan goreng, memang best. Tapi Kak Maz tak pernah tahu macam mana memasaknya.

Dah kahwin, suami tanya " Sayang, pandai tak masak pajeri nenas?". Dalam hati, alamak kantoi aku.
"Maaf abang, saya tak pandai."
Suami Kak Maz bukan pemarah pun, dia nasihatkan akak supaya belajar dengan ayah.

Masa ayah datang ke rumah, Kak Maz minta ayah mengajar. Tunjuk handal tau, tak menulis pun. Konon-konon kuat ingatan.

Lepas ayah mengajar, Kak Maz tak pernah buat. Sehingga hari ini suami minta Kak Maz buatkan. Dalam kepala mula berfikir-fikir apa ramuannya. Itulah sombong, tak nak mencatat kan?

Dengan merendah diri yang dah sedia ketot ni, Kak Maz telefon mak untuk bertanya. Bertanya tau. Bukan minta resepi tetapi memastikan bahan yang Kak Maz sebut adalah ramuannya.
Haa. Betul pun. Kak Maz ada masalah was-was.

Semasa bercakap dengan mak bertanya itu ini, terdengar suara ayah dibelakang.
" Itulah, masa ayah ajar tak catat. Tidurlah tu." Haha. Kan dah kena.
Kami sama-sama gelak.

Horey! Menjadi pun. Kita ambil gambar dulu, boleh tunjuk kat mak ayah masa balik kampung nanti. 
Tunggu suami balik dan menilai tahap kesedapannya. Lulus atau tidak.
Kalau tanya anak, sedap sokmo ibu masak.




Korang nak tengok hasilnya?
Nak resepi sempoi ni? Boleh, tapi biar Chef Suami Kak Maz bagi bintang dulu yea.
Kuah yang tak habis tu, jangan buang tetapi jadikan pes. Kita frozenkan.
Pastu kita ubah, dari nenas kepada terung panjang.
Wow! Memang syok habis.

Kak Maz ni, semua nak difrozenkan.
Betullah. 
Mudah untuk Kak Maz dan kalian juga. Tak nak ke sesuatu yang mudah?
Mulalah tersengeh sendirian.
Korang mesti nak punya. Malu je nak cakap kan?

Oklah. Dah petang, Kak Maz nak sambung membaca buku "Mudahnya Menjemput Rezeki 2 - Ustaz Fathuri Salehudin".


Maziana Zainal
Bisnes Sejukbeku (Frozen Food)
0163961956

Saturday 16 September 2017

Tip Bisnes

Sempena Hari Malaysia
Tips '16 Persediaan Sebelum Mengambil Ejen' dari Tuan Ozir

1. Jual sendiri dulu

2. Faham bisnes sendiri

3. Naikkan bisnes sendiri dulu

4. Buktikan bisnes boleh bantu ramai orang

5. Jadi ejen kepada produk sendiri/orang lain dulu

6. Letakkan diri di tempat ejen

7. Fahami situasi sebagai ejen

8. Kenalpasti apa ejen mahukan

9. Tetapkan MOQ (Minimum Order Quantity)

10. Buat surat perjanjian ejen/stokis

11. Tetapkan berapa level ejen/stokis yang digunakan

12. Rangka dan 'plan' apa hala tuju ejen/stokis

13. Pastikan misi untuk membantu ejen/stokis itu jelas

14. Senaraikan kenapa perlu orang lain jadi ejen kita

15. Kenalpasti keunikan tim ejen kita dengan tim orang lain

16. Bagi apa yang pesaing tak boleh bagi kepada ejen mereka. Buat research dulu.



Maziana Zainal
Bisnes Sejukbeku (Frozen Food)

Thursday 14 September 2017

Harijadi

Ulangtahun Kelahiranku Adalah Untuk Ayahanda Bonda

Ingat lagi tak ayat Kak Maz
"Setiap ujian yang datang, ada bersamanya rezeki Allah."
Yakin, redha dan bersangka baik.

Bersedekah tatkala diuji, Allah datangkan penawarNYA.
Tak perlu jauh, dahulukan orang tua kita.

Hari ini 14 September 2017, usia Kak Maz mencecah 39 tahun.
Sejak Allah memberikan Kak Maz anugerah merasai saat mengandung, bersalin dan membesarkan anak, Kak Maz amat terkesan dengan pengorbanan menjadi mak.

Lebih tersentap bila tahu kisah kelahiran kita yang genting di hujung nyawa. Perjuangan perit ibu. Gundah gelana seorang ayah.
Saat kelahiran Kak Maz amat rumit, Kak Maz terbelit tali pusat. Bidan menyuruh mak ke hospital. Mak takut bila sebut hospital. Dipaksanya bidan usahakan juga asalkan bayinya selamat. Allahu. Allahuakbar.

Alhamdulillah kami berdua selamat.

Bila megenang saat kenakalan dan kedegilan Kak Maz sewaktu proses membesar. Tak sanggup rasanya nak mengingatinya.

Saat kini melihat keduanya menjelang senja. Kulit mulai melendut, mata mulai kabur, fizikal mulai sakit sakit, airmata kesal mula menitis sayu.

Walaupun tak mampu memberikan kemewahan, cukuplah kita menjadi hatinya. Adab kita berbicara dengannya. Penuhi apa yang mereka impikan. Ini yang Kak Maz tak mampu, tetapi mereka memahaminya. Kadang pemberian Kak Maz ditolaknya.

Setiap kali mereka tolak, Kak Maz merayu " Ambillah mak, ambillah ayah. Asbab ini in shaa Allah, Allah berikan saya rezeki lebih. Doakan saya. Kerana bilamana mak ayah tiada, tiada lagi doa tanpa hijab buat saya. Doa dan restulah saya, kerana restu makayah saya mendapat restu Allah."

Hadiah harijadi untuk Kak Maz paling berharga, bila dapat doa dari mak ayah.
Call mak ayah semata-mata mohon doa dari mereka.
"Ayah mak, saya nak mohon doa. Hari ni harijadi saya."
Menitis airmata mendengar doa dari seorang mak dan ayah.

Dan mereka yang sepatutnya menerima hadiah. 
"Mak, besok hadiah sampai tau."
"Aik, mak ayah yang dapat hadiah?" sambil ketawa.
"Sepatunya begitulah mak ayah."
"Engkau tu pun tak cukup duit."
"Takpe, mana tahu asbab ini Allah gandakan rezeki saya."
Mak gelak lagi sambil mengaminkan ayat Kak Maz.


Asbab 2 perkara ini. 
Redha dengan ujian.
Ikhlas dengan pemberian.
Rezeki masuk walaupun diduga handphone rosak. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

**tak percaya, buatlah tatkala anda sedang diuji Allah.😍😍