Wednesday 11 January 2017

Journal 10 Januari

Journal 10 Januari
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Pagi yang nyaman.
Fenomena Januari masih lagi panas. Setiap pagi akan redah trafik jem nak masuk kawasan sekolah. Tapi hanya Januari sahaja tau. Asbab ibubapa pelajar darjah 1 masih teruja menghantar dan memantau anak-anak mereka. Saya dulu pun sama tapi masa anak sulung je, anak bongsu ni dah kurang kerana dah boleh minta abang-abangnya pantau.

Kebiasaan, saya akan menggosok pakaian untuk anak dan suami di sebelah malam. Tapi kalau kepenatan melampau, saya akan menggosok awal pagi selepas solat subuh. 
Kadang-kadang ia bergantung pada tahap kerajinan juga. Bila tahap rajin datang, saya akan menggosok pada hari Ahad. Saya himpun pakaian mereka untuk seminggu.
Bagus tau kalau siap awal ni, pagi kita jadi tenang dan relaks. Korang pun macam tu kan?

Sarapan pagi? Anak-anak dan suami tak berapa nak makan pagi, mereka jenis perut cepat lawas. Biasa bento mereka simple-simple je. Ada masa nugget, roti sosej (projek bisnes sejuk beku saya) dan nasi goreng (kalau sempat).

Selepas hantar anak-anak ke sekolah dan suami dah ke pejabat, maka dunia saya bermula.
Aktiviti harian seperti mengemas rumah, menyapu sampah dan mendobi pakaian diselesaikan. Sambil itu juga, laptop harus di "on" kan dan handphone juga diaktifkan perantinya. Itulah pejabat saya.

Masa ni kerjaya surirumah dan usahawan berjalan serentak. Kaedah "menjeling-menjeling ku bertentang, mata kita saling memandang". Sambil pegang penyapu, mata dan telinga akan peka dengar bunyi notifikasi. Bila penat urusan rumah, saya rehat sebentar dan masa ni saya ambil kesempatan membaca apa yang berbunyi-bunyi memanggil tadi.

Dah selesai, saya teruskan kerjaan rumah yang tertangguh. Tetapi kalau kerja rumah dah selesai. Saya akan menatap laptop dan handphone. Dan kalau keduanya selesai, biasa saya akan memasak atau tidur sebentar. Dalam usia sebegini, saya mudah letih.

Jika ada tempahan, saya akan bersiapkan bahan-bahannya dahulu. Nak terus buat tak sempat sebab tengahari dah ke sekolah untuk sesi menjemput pulang. Anak-anak saya ada 2 tahap, tahap 1 dan 2. Jadual mereka tak sama, ada yang habis pukul 12.50 dan ada yang 1.20. Saya akan berada di sekolah seawal 12.30, sebab susah nak dapat parking. Bermakna, hampir sejam saya di sekolah mereka. 

Petang. Selesai menjemput mereka pulang, mereka akan makan dan rehat. Macam hari ni, si ayah dialisis. Dan kebiasaan, lepas solat zuhur kami akan ke pusat dialisis untuk menunggu dan menjemput ayahnya pulang.

Sebelah petang, mereka akan siapkan kerja sekolah dan menonton tv. Si ayah pula akan tidur selepas makan. Penat tau cuci darah, sebab tu kena tidur. Si ibu? Oh, saya lah tu. Saya akan buat kerja-kerja yang berbaki. Biasa kalau anak-anak dah ada di rumah, rumah macam gempa bumi. Dari muka pintu sampailah dapur, bersepah semula. 

Merekod.
Besok Rabu kan?
Biasa saya akan buat restok produk niaga saya. Masa ni lah saya sibuk untuk kumpul order dari agen-agen dan customer. Dunia bisnes saya akan sibuk bermula hari ini hingga bertemu hari selasa depan. Kadang ia berehat bila stok dah habis.

Malam. Sebelum tidur, saya akan pastikan anak-anak dah kemas beg sekolah masing-masing. 
Alhamdulillah, besok saya tak perlu sediakan uniform sekolah sebab mereka ada Pendidikan Jasmani dan Ko-Kurikulum, mereka akan memakai T-Shirt sekolah dan persatuan.

Dan terbaru, saya akan pastikan ketiak mereka dispray dengan Magicblue. 
Apa tu magicblue? Haaa
Ia membantu hilangkan bau masam anak-anak dan semua orang. Natural Deodorant, dari sumber alami. Tak kan anak-anak nak suruh pakai deodorant, sian mereka. Deodorant kan ada bahan kimia.

Akhirnya. Saat saya menulis ni, mereka semua tengah lena tidur. Sejuk mata melihat mereka membesar. Sedih pun ada sebab setiap hari kena marah.
Ustaz pernah pesan, lihatlah wajah-wajah ibubapa,pasangan dan anak-anak dengan rasa syukur kerana ada keberkatanNYA di situ. Masa ni juga kita submit doa pada Allah sambil melihat mereka, kalau berderai airmata...biarkan.

Nampaknya tugasan hari ini dah saya laksanakan. Sejak belajar blog ni, saya belajar menyusun waktu kerja. Bukan apa, nak menulis ni kena ada waktu yang selesa. Tau tak, anak-anak pun nak buat blog juga sebab syok tengok ibu menaip laju katanya.

Sebelum anak kembar saya nak tidur tadi, mereka siap tersenyum baca coretan ni. Tersenyum kerana kisah mereka ada. Mana tahu, akan datang mereka juga punya blog sendiri.

Ikuti kisah-kisah saya di www.mazianazainalabidin.blogspot.com.

Maziana Zainal
To Be Strong, You Must Always Be Positive

No comments:

Post a Comment