Friday 13 January 2017

Sedekah

Sedekah
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com


Pernah dengar tentang sedekah? Apa itu sedekah?
Kita memberi dengan seikhlas hati kepada mereka yang susah dan memerlukan. Itu je ke yang kita tahu tentang sedekah.

Tahu tak sifir sedekah? Janganlah garu kepala tu, anda tahu tak ni?
Formula : 1 - 1 = 10. 
"Biar betul matematik awak ni, awak tak ke sekolah ke?"

"Awak minta dengan orang lain lah, saya pun susah juga."
"Mana surat pengesahan awak ni, bagi saya tengok. Mana tahu awak ni sindiket."

Dulu, mungkin saya sebegitu juga. Kini, saya berubah bila mengetahui kehebatan formula di atas. Iya, belajar di sekolah 1 - 1 = 0. Tetapi formula di atas, formula dari Allah SWT.
Setiap 1 yang kita sedekahkan, Allah gandakan 10 nikmat kepada kita. Anda sedar tak?

Terharu.
Malam tadi kami ke bank. Sementara berbaris, saya memerhati seorang tua sedang mengutip sampah dan membersihkan sudut depan bank. Wah! Bagusnya pakcik ni, pembersih. Tapi saya tak sangka rupanya itu kawasan untuk dia tidur. Allahuakbar, mengucap panjang saya.

Jangkaan saya, pakcik itu seusia ayah saya. Terbayang wajah ayah dan mak. Ya Allah, janganlah Engkau biarkan orang tuaku sebegini. Mana rumahnya? Mana anak-anaknya?

Selesai urusan, suami ke kedai lain dan saya terus meluru masuk kereta. Menunggu suami di dalam kereta dengan anak-anak, umpama satu seksaan keran terpaksa melihat pakcik itu di depan kereta saya. Menadah tangan kepada setiap yang keluar masuk ke bank. Pakcik dibiarkan begitu sahaja.

Dalam poket, ada sikit duit jualan siang tadi. "Ya Allah, duit ini hasil niagaku siang tadi dan ini juga duit modalku. Jika ia rezeki insan di depanku, maka Engkau peringankan tangan kananku ini." Doa saya kepada Allah sambil tangan di dalam poket. Saya bertawakal berapa pun yang tergapai dek tangan ini, saya ikhlas.

Saya hampiri pakcik, "Pakcik, ini bahagian saya untuk pakcik". Tahu tak? Pakcik tu sambut dengan penuh rasa nikmat, sambil mendoakan saya dan keluarga. 
Takut akan airmata ini gugur di depan orang, saya terus masuk kereta. Reaksi pakcik tadi benar-benar merentap jiwa saya. Tak putus-putus dia mencium duit tu sambil berdoa. Akhirnya mutiara jernih saya gugur jua.

Tak perasan, rupanya kami diperhatikan oleh pengunjung bank yang berada di situ. Dan yang terharu, bila ada yang patah balik menghulur juga.

Sedari kami ingin berlalu, pakcik siap melambai-lambai pada kami sekeluarga. Suami menjadi pelik, "kenal ke?". Anak-anak silih berganti menceritakan kejadian tadi.

Rezeki kita datang dari Allah kerana DIA memilik yang mutlak. Kenapa kita harus sombong untuk membantu yang lain waimah seringgit. Kenapa perlu pertikaikan kesahihan peminta?
Allah tahu niat kita dan hati pemegang niat. 
Bersedekahlah walaupun anda dalam kesusahan. Kerana Allah tidak menetapkan berapa anda kena bersedekah.

Jadi tanya hati anda, tanya diri anda semula. Bayangkan nikmat rezeki itu Allah tarik dan anda seperti mereka? Apa anda rasa?

Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita. Sedekah itu penyelamat kita "di sana" nanti.
Fikirlah dan berfikir sedalamnya. Ringankan tangan kanan anda untuk memberi.

Wallahualam.

Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)





No comments:

Post a Comment