Friday 3 February 2017

Trauma Kena Ambil Darah

Trauma Kena Ambil Darah
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Isnin yang lalu, anakanda saya telah dimasukkan ke wad di Hospital Ampang kerana demam yang mencecah 3 hari. Ditambah cirit-birit, muntah dan kekeringan air dalam badan.

Sebelum itu, anak demam dan sering meracau masa tidur. Bila disentuh tubuhnya, panas taklah seberapa. Dia pula mengadu kesejukkan.
Orang cakap kalau terlalu panas, seseorang mudah meracau-racau.

Malam tu dia mengadu tak tahan sakit dada sangat. Langkahnya lesu. Saya nekad membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. 

Tak bawa ke klinik ke?
Saya ada bawa ke klinik tapi doktor cakap, demam biasa sahaja dan hanya telan ubat. Disebabkan ubat pun tak berfungsi, maka keputusan ke hospital dibuat.

Almaklum, suami baru lepas dialisis. Saya tak nak dia terbeban dek menunggu lama di hospital bersama 2 lagi hero kami, saya berhasrat untuk pergi berdua dengan anak yang sakit.

Sampai dikecemasan, saya mendapat borang biru. Mengapa biru? Biasa hijau. Semasa saringan dibuat, doktor menyuruh terus ke zon kuning. Alamak, kenapa ni? Serius sakit anak saya?

Dek kerana kurang air dalam badan dan darah menjadi berasid. Maka,proses untuk mengambil darah menjadi sukar. Terjerit-jerit anak menahan sakit. Lepas satu tempat ke satu tempat yang lain. Ya Allah, hati ibu ini hanya mampu melihat dan menahan jeritan anak.

Malam itu, anak dimasukkan air sebotol di kecemasan dan sebotol diwad. Pertama kali anak bermalam di hospital.
Lena sungguh dia tidur, berdengkur kuat. Mungkin sebab kepenatan 2 hari tak dapat tidur lena.

Trauma 4 pagi
Misi mengejutkan kami, untuk ambil darah anak. Anak melihat jarum, dia menjerit. 
"Ibu, tolonglah saya. Sakit ibu."
" Oo..tak sakit dah. Ni doktor pandai cari urat, sekejap je."

Anak pun menghulurkan tangannya. Masya Allah, masih sukar untuk dapatkan tempat yang betul. Jarum dicucuk dan digerak-gerakkan dalam lengan anak. Ya Allah, sedihnya hati saya. Redha demi melihat anak sihat.

Lepas kanan, kiri pula. "Ibu, tolonglah saya. Sakit sangat ibu." Mahu sahaja saya minta doktor berhenti. Azabnya saya tengok. Sedangkan kita yang besar pun rasa sakit, inikan budak umur 11 tahun.

Sesudah itu, saya memelukkan anak sambil bawa masuk ke wad. Maafkan ibu sayang, ibu tahu sakit. Takpe, nanti ibu sapu-sapu sampai sayang ibu tidur yea. Menitik airmata seorang ibu yang tadinya cuba bertahan.

Keesokkannya, anak dibenarkan pulang walaupun kondisinya masih lemah. Alhamdulillah.

Sehingga sekarang bila sebut kena ambil darah, anak akan menjerit dan menangis. Tolonglah, saya trauma kejadian pukul 4 pagi tu. Memang kekadang dia menjerit dalam tidur.


Maziana Zainal


No comments:

Post a Comment