Thursday 9 February 2017

Kek Pandan Berkeju Meleleh

Kek Pandan Berkeju Meleleh
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com



Hai semua, salam Sabtu.
Hari ini saya belanja anda dengan Kek Keju Meleleh Chef Sanif perisa Pandan.
Minggu lepas saya dapat order dari seorang penggemar tegar Kek Pandan ni. Kenapa saya kata peminat tegar?
Kebetulan stok saya habis dan saya tawaran perisa lain. Dia tidak mahu, katanya "Saya hanya suka perisa pandan je sis". Haa...kan tegar namanya.

Minggu lepas saya telah buat 3 kali belian, semuanya kerana ingin memenuhi permintaan pelanggan. Tahu tak, pelanggan tegar tadi tempah berapa? Sekali dia minta 10 bekas dan semuanya Pandan. 😍

Sebetulnya, saya juga penggemar pandan. Rasa lemak keknya dan limpahan kejunya memang sangat "awesome" bak kata orang putih, terbaik.
Kak, keju melimpah tu tak muak ke?
Ya Allah, memang tak muak tau. Bayangkan sebekas besar tu, boleh pulun seorang.

Sahabat saya ada membeli juga, digelarnya kek aiskrim. Hahaha, macam-macam gelaran kek ni. Tak mustahillah Chef Sanif bagi kata keramat tentang kek ni, " Rasa Kek, Rasa Aiskrim".
Mahukan rasa macam aiskrim, simpanlah tempat ais pada suhu maksimum. Nanti dah beku, keluarkan dan makan terus.
Tetapi jika mahukan keju yang meleleh, biarkan pada suhu bilik sampai ia mencair.

Ada 1 perisa ke kak?
Taklah, ada 10 perisa. Semuanya sedap belaka. Nanti saya cerita satu persatu tentang rasanya yea.

Berminat?
Boleh terus berhubung di talian 0163961956

Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

No comments:

Post a Comment