Saturday 18 February 2017

Sahut Cabaran

Sahut Cabaran
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Kadang-kadang kena cabar ni sesuatu yang bagus. Ye lah, kita kan bekerja sendiri di rumah. Kita lah bos, kita lah pekerja. Macam tak seronok je kan..

Sebab tu saya suka melantik suami sebagai PA ( Personal Assistant), dia harus menasihati saya bila saya buntu. Pendapat kita sendiri, kadang-kadang tak begitu bernas. Kenalah minta pandangan kedua.

Kali ni saya dicabar oleh PA saya untuk menyediakan stok. Setiap jenis kuih mesti ada 50 bekas. Isnin lalu saya sempat siapkan temosa frozen 13 bekas dan hari ini, saya telah siapkan karipap frozen pula 13 bekas. Tetapi, saat ni temosa frozen saya telah habis. Alhamdulillah...

Paling bahagia, bila ada yang cakap temosa saya sedap 😍😋😋. Itulah kepuasan bagi saya.


Oklah, nak mimpi indah malam ni. Mana tahu boleh jadi jutawan. Hahaha, jangan jeles tau.

Tiada kejayaan tanpa usaha, doa dan tawakal kepada Allah.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

No comments:

Post a Comment