Saturday 11 February 2017

Tuisyen Dirumah

Tuisyen Dirumah
Teks : Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Mahalnya kos tuisyen diluar, bayangkan anak 3 orang. Ekonomi kami sederhana sahaja, belum tahap ribuan dan jutawan.😀

Jika tuisyen diluar, anak-anak akan padat jadual harian dan mingguan. Pergerakkan akan terhad dan terikat. Jadi, saya ambil keputusan untuk mengajar sendiri. Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang ada, mungkin tidak sukar bagi saya.

Hari ini hari kedua saya mengajar. Masya Allah, mengajar anak sendiri memang mencabar iman kesabaran.
Dan yang paling sedih, bila kita sendiri dapat melihat dsan menilai kelemahan anak-anak. Allahuakbar, apa yang harus saya lakukan. Sikembar akan menduduki peperiksaan besar tahun hadapan.

Kekuatan minda saya perlu diperhebatkan dulu, buat persediaan dan mencari kaedah termudah untuk memudahkan mereka memahami.

Mujur suami ada belikan kertas putih semacam whiteboard, saya tampal didinding tengah rumah.


Hari ini kita belajar subjek Matematik. Saya ajar sub topik yang boleh merangkumi minda anak darjah 2 dan 5. Wahh! Bukan senang. Kenapa?
Sebab, saya kena mereka serentak. Sat lagi ada yang cakap saya pilih kasih pula. Mencabar kan? Untuk mengambil hati n minat mereka bukan perkara mudah.

In shaa Allah, bantuan dari media masa banyak kan? Saya kena berusaha untuk mereka. Hanya 3 ni sahaja permata yang Allah kurniakan buat saya dan suami.

Cuma bila mengajar sendiri, waktu tu fleksibel. Dan ada masa belajar sambil siapkan kerja sekolah.
Ya Allah, berkatilah usahaku ini. Kurniakan aku kaedah terbaik dalam mendidik mereka. Lapangkan dada dan minda anak-anak ini agar mudah mengingat dan memahami segala ilmu yang mereka perolehi. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Maziana Zainal

No comments:

Post a Comment