Tuesday 14 February 2017

Iklan Spontan

Iklan Spontan
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com


www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Alkisah semalam semasa nak beli nescafe, terpandanglah ubi kentang yang cantik. 1 bungkus 3 kilo pada harga rm6.99. Besar dan bersih je rupanya. Memang tangkap jiwa punyalah.

Minda berfikir kalau tak beli sekarang, belum tentu akan datang secantik ini. Rugi nanti. Saya angkut 2 bungkus ke atas kaunter untuk dikira.

Kashier: Banyaknya kak, buat apa?
Saya: Oo, saya buat kuih frozen dan ni nak buat karipap.
Kashier : Macam mana kira kuih tu?
Saya: Sebungkus rm 4 ada 10 biji. Tetapi, hari ini saya buat temosa dulu.
Kashier: Eh! Kuih apa tu kak?
Saya: Orang sebelah Pantai Timur panggil temosa. Ia karipap sambal ikan.
Kashier: Harga kak?
Saya: Yang ini mahal sikit, sebab ikan tu mahal. Sebungkus rm 5, ada 10 biji juga.
Kashier: Nanti bawakan saya satu yea kak.

Secara spontan atau dikenali iklan mulut ke mulut. Untung bila kita peramah dan semua orang kita buat macam kawan baik. Musuh jangan sesekali kita undang.

Semalam sempat hasilkan 12 bekas sahaja. Sikitnya kak?
Aah dek, buat kerja seorang kenalah berperingkat. Kalau tak, mahu jem badan tau. Ini pun dah sakit lengan sebelah.

Hajat nak buat macam bentuk karipap biasa, tapi penasihat peribadi saya cakap kekalkan tradisi. Itu yang uniknya temosa. Sebab di Kuala Lumpur, mereka buat karipap bulat berintikan sambal bilis or sambal sardin. Kalau orang daeraj say beli, kami akan kecewa, ku sangkakan temosa rupanya bukan. 😨😨😨

Semua saya lakukan sendiri dari memasak inti, menguli tepung, mengelim karipap, memasak separa masak, membungkus dan menyimpan dalam freezer. Alhamdulillah, kerja rutin juga dapat saya laksanakan juga.

Pagi ini mengantuk sangat. Boleh tak nak lena sebentar?
Selamat membaca. Terima kasih sudi membaca.


Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

No comments:

Post a Comment