Friday 3 February 2017

Usaha Dan Ikhtiar

Usaha Dan Ikhtiar
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

www.mazianazainalabidin.blogspot.com

Sama tapi tak serupa. Bila kita gabung usaha dan ikhtiar, impaknya nampak lebih power.
" Ye, saya akan usahakan."
" Saya tengah ikhtiarlah ni."
" Saya akan usaha dan ikhtiarkan."

Nampak tak beza semangat ayat tu?Hihihi....Mari belajar Bahasa Melayu.

Hari ni saya gembira sangat sebab anak yang sakit tu, dah mula pergi sekolah. Memang nampak tahap lesu dia.

Si ayah pun semalam dah mula nak demam. Yelah, pesakit macam ayahnya mudah dijangkiti penyakit.

Hati dah mula rasa tak tenang, kalau lah keduanya sakit. Subhanallah.
Mujur ada beli krim dari seorang sahabat lama saya. Saya sapukan pada kedua tapak kaki suami dan anak. Terlena mereka tidur malam tadi. 

Pagi ni mereka bangun pun tiada masalah. Kelesuan saya juga dah pulih sepenuhnya. Badan pun ringan je.
Asalnya kurang yakin. Apa tidaknya, main calit-calit je. Haa, calit-calit je?
Yea, calit kat nadi dan tempat tertentu sahaja. 

Tahu tak apa terjadi? Malu nak cerita. Terkentut-kentut saya tengah tidur. Bangun pagi, badan rasa ringan dan segar je.

Masa jaga anak sakit. Memang tak cukup tidur, pening dan berat je rasa badan. Lepas mandi, saya calit-calit je. Terasa ada energi walaupun hakikat letih sangat.

Dah calit-calit tu, diwajibkan kan minum air kosong 3 liter. Kenapa?
Oo, untuk memudahkan proses penyembuhan. Memudahkan detoksifikasi. Ewah, macam pegawai pemasaran tak?

Foto Dari Facebook : Women Desiree (Pencuci Hygiene dan Krim)

Benda yang baik, kita kongsi bersama. Inilah ikhtiar dan usaha saya untuk membaikpulih sistem hormon badan. Bukan sekadar untuk saya, malah untuk keluarga.

Bak kata suami, "Ibu kena sihat tau. Ibu kena jaga kesihatan. Abang dan anak-anak susah kalau ibu sakit tau."

Nampak tak? Power kan surirumah macam kita. Kitalah tulang belakang dalam rumahtangga.
Betul ke betul?

Apa-apa jelah, janji kita bahagia hingga ke Jannah. In shaa Allah.
Sempena hari ini hari Jumaat, jom kita berdoa.

" Ya Allah Ya Tuhanku, Berikanlah Kami Kejayaan Di Dunia dan Di Akhirat. Limpahilah Kami Rezeki Yang Tak Pernah Putus. Berkatilah Segala Amalan, Ibadah dan Urusan Kami. Lindungilah Kami. Peliharalah Kami."

"Ya Allah Ya Tuhan Kami, Ampunilah Dosa-Dosa Orang Tua Kami, Mertua Kami, Diri Kami, Suami Serta Anak-anak Kami. Lorongkan Kami Ke SyurgaMU Tanpa Dihisab. Bimbinglah Kami Ke Arah Kebaikkan, Agar Kami Terhindar Dari KemurkaanMU Dan Dijauhi Dari Azab Kubur Dan NerakaMU."

Aamiin Ya RabbalAlamin.


Maziana Zainal


No comments:

Post a Comment