Friday 10 March 2017

Musim Selsema Dan Batuk

Musin Selsema Dan Batuk
Teks : Noormaziana Zainal Abidin
www.mazianazainalabidin.blogspot.comcom
Foto : Facebook


Sana sini kita dengar orang batuk dan selsema kebelakangan ni. Musim agaknya.
Anak sulung semalam tak dapat tidur lena, merengek sahaja kerana tak tahan sakit dada setiap kali batuk.

Berjangkit dengan ibu barangkali, ibu kena selepas seminggu demam. Tapi mujur ada IV Mist dan suplemen Lemonade Xpress. Alhamdulillah berkurangan.




Fenomena cuaca agaknya, ada masa panas yang amat terik. Lepas tu hujan yang agak lebat. Badan tak tertahan, ada masa panas kering sampai dehidrat dan bila hujan, sejuk yang melampau.

Semoga tak teruk melarat sakit ini kerana minggu depan nak periksa awal tahun.
Awal pagi dah mencari klinik, Allahu...
Klinik pertama, tengah ubahsuai.
Klinik kedua, tunggu punya tunggu...rupanya buka pukul 6 petang.
Klinik ketiga, doktor datang pukul 10. Masa itu tempat ni akan penuh kereta. Mahu ditunggu, 2 jam lagi. Perut dah lapar.

Haa..mujur klinik keempat doktor ada. Alhamdulillah. Pesakit tak ramai. Tetapi sementara tunggu ubat, klinik mulai dipenuhi pesakit dengab gejala yang sama. Benarlah ianya musim.

Mog anakanda saya sihat cepat.
Malam ni, anak kedua dan ketiga mula menunjukkan gejala berjangkit.
Harap semuanya beransur sembuh menjelang Isnin ni. Aamiin.

Maziana Zainal
puanmazianazainal@gmail.com
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)

No comments:

Post a Comment