Friday 3 March 2017

Rezeki Allah

Rezeki Allah

Tahun ni sangat mencabar bagi saya, bilamana semua agen bersemangat berniaga.
Bayangkan seminggu, saya kena buat beberapa kali tempahan. Kadang 2 kali dan ada masa 3 kali dalam seminggu.

Tak pening ke?
Mahu tak pening dek, ada 2 jenama kek yang saya jual. Harus teliti dalam merekod tempahan yang masuk.
Sekali tercicir, Allahuakbar susah saya. Setiap kali tempahan saya ada kuota yang kena patuhi.

In shaa Allah, belajar dari kesilapan. Sekarang kena ambil masa untuk meneliti pesanan mereka. Alhamdulillah, In Shaa Allah semua sempurna.

Gambar bawah ni adalah antara stok yang sampai semalam. Hari ni dan besok, juga ada stok akan masuk lagi. Antaranya dah bertuan. Alhamdulillah.

Ukhwah jug kena jaga tau. Tak boleh sombong dan ikut emosi kita, harus rasional.😍
Baik dengan agen, pembekal dan pelanggan kita. Mereka ini kitaran rezeki dalam rantaian bisnes kita.





Malam ni kita rehat yea, besok perjuangan baru sedang menanti dan kejayaan sedang mengintai kita.

Maziana Zainal
Bisnes Sejuk Beku (Frozen Food)
www.mazianazainalabidin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment