Tuesday 21 March 2017

Daerah Itu

Daerah Itu
Teks : Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com

Daerah itu aku belajar mengenal dunia. Mengenal persahabatan. Daerah yang mengiringi kedewasaanku.

Dulu daerah itu cukup sempurna bagikundan teman-teman. Setiap petang bermain bersama. Mengayuh basikal mengelilingi kediaman kami. Bagaikan tiada kenal erti engkau lelaki dan aku perempuan. Kami bagaikan adik beradik.

Bergaduh dan kadangkala tidak bertegur siapa, itu biasa. Tak lama mana pun. Akhirnya berbaik kembali.

Bersekolah yang sama dari sekolah rendah hinggalah menengah. Persahabatan itu masih utuh terjalin. Cuma bezanya di sekolah menengah, usia kami kian remaja. Ada sedikit segan silunya.

Banyak ranjau persahabatan telah kami lalui bersama. Tiada istilah percintaan antara kami. Kerana kami tulus bersahabat.

Rinduny saat itu.
Namun tuntutan masa, memisahkan kami. Kami terpisah kerana berhijrah kediaman. Kami terpisah kerana masa untuk menuju puncak kejayaan.

Mujurlah alam maya menemukan kami. Masing-masing telah berkeluarga.
Anak-anak mewarisi jejak kami walaupun tak serupa dan seindah alam kami yang tiada gadget seperti sekarang.

Hari ini, aku kembali ke daerah itu. Terimbau kenangan lama. Rindunya.
Terbayang keindahan suatu masa dahulu. Tergelak di hati bila menyusuri kawasan jajahan kami.

Daerah itui, telah banyak berubah. Telah banyak membangun. Teman-teman dan guru juga telah ramai yang bertemu PenciptaNYA. Al Fatihah buat mereka. Semoga Allah menempatkan mereka di syurga terindah dan diampuni segala dosa-dosanya.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.


Maziana Zainal

No comments:

Post a Comment