Friday 31 March 2017

Pembedahan Jantung

Pembedahan Jantung
Teks: Noormaziana Zainal Abidin
puanmazianazainal@gmail.com


Ia sesuatu yang mengejutkan Kak Maz sekeluarga, bilamana adik bongsu disahkan jantung berlubang. Sedari kecil, adik tak pernah menunjukkan simptom jantung berlubang. Agak sukar kami menerimanya.

Waimmah, dia melahirkan 2 puteri secara normal pun simptom itu tidak muncul. Allahuakbar, terkedu seribu bahasa.

Sabtu yang lalu, kami sekeluarga mengadakan sedikit majlis doa selamat serta solat hajat. Alhamdulillah, walaupun ianya secara "last minute". Dengan sedikit gangguan teknikal, rumah asyik blackout.

Hari ini adik mendaftarkan diri ke IJN, ditahan di wad untuk beberapa ujian sebelum pembedahannya Sabtu ini selepas subuh.

Kesian anak-anaknya yang masih kecil. Kesian juga waris yang cuba menidurkan anak-anak yang belom pernah berpisah dengan mama papa.

Resah gelisah dijiwa Ayahanda Bonda menanti khabar dari menantunya. Moga mereka bah dan kuat.

Derita jiwa si suami juga tak terucap dengan kata-kata. Semog Allah menguatkan semangat adik ipar Kak Maz.

Ya Allah, Engkau permudahkan pembedahan dan selamatkanlah nyawa adindaku Nor Azlina. Berikanlah kesembuhan buatnya.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Maziana Zainal

No comments:

Post a Comment