Kisah seorang hamba Allah tentang mimpi seorang wali di perkuburan.
Di dalam mimpi, wali itu melihat roh ahli-ahli kubur sedang mengais - ngais rumput seperti mencari sesuatu.
Tiba-tiba beliau melihat ada seorang roh ahli kubur yang sudah berusia tua duduk istirehat di atas kuburnya sendiri.
Beliau memutuskan untuk bertanya kepada roh orang tua tersebut.
Wali : "Pakcik, kenapa pakcik duduk istirehat dengan tenang, sedang kan ahli kubur lain sedang ramai mengais rumput- rumput di situ?"
Roh orang tua : "Jika engkau mahu tahu jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yang masih muda di situ. Penjual daging itu adalah anak ku sendiri"
Wali tersebut lalu beranjak dari situ dan kemudian terjaga dari tidur nya.
Keesokan harinya, wali itu mencari penjual daging yang masih muda tersebut di pasar.
Setelah ketemu, beliau hanya memperhatikan dari Jauh kelakuan penjual daging tersebut.
Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya Dia sambung membaca Quran.
Wali tadi terkejut lalu mendekati untuk menjumpai pemuda tersebut.
Wali :
"Assalamualaikum wahai anak muda. Saya ada beberapa pertanyaan untuk mu"
Penjual daging:
"Waalaikumussalam. Ya boleh. Apakah pertanyaan itu wahai Wali?"
Wali :
"Adakah kamu mempunyai seorang ahli keluarga yang meninggal dunia yang dikuburkan di kampung ini?"
Penjual daging itu terkejut seraya berkata,
"Ya ada itu adalah ayahku! "
Wali:
"Aku melihat roh ayahmu dalam mimpi ku. Beliau begitu tenang di sana. Apa amalan yang kau lakukan untuk ayah mu wahai anak muda?"
Penjual daging:
"Aku membaca al-Quran dan aku berdoa kepada Allah, jika bacaan ku itu terdapat pahalanya aku sedekahkannya untuk ayahku"
Masya-Allah!
Iktibar dari kisah ini kenapa roh ahli kubur yang lain sedang mengais-ngais rumput di situ?
Jawapan nya adalah kerana mereka sedang mencari percikkan- percikkan doa yang didoakan oleh orang lain dari lafaz "Al kulli muslimin wal muslimat wal Mukminin wal mukminat"
Dan mengapa roh orang tua itu hanya duduk istirehat adalah kerana doa anaknya yang selalu di khusus kan untuknya.
Dahsyat sangat kan doa seorang anak khas untuk ibu bapanya?
Kesimpulannya, perbanyakanlah berdoa untuk kedua orang tua dan saudara kita yang sudah tiada untuk kesenangan mereka di Alam Barzakh.
Doa seorang anak akan terus sampai kepada ibu bapanya terutama anak lelaki yang mana syurganya di bawah redha ibunya.
Kredit to: Buku Doa Tak Tertolak
No comments:
Post a Comment