Assalamualaikum,
Alkisah si kembar akak, keduanya diuji kesakitan. Of course lah akak wehh, dorang kan kembar. Actually kembar akak bukan macam tu since tinggal dengan arwah ayah mereka masa umur mereka 7 bulan.
Alkisah si kembar akak, keduanya diuji kesakitan. Of course lah akak wehh, dorang kan kembar. Actually kembar akak bukan macam tu since tinggal dengan arwah ayah mereka masa umur mereka 7 bulan.
Arwah suggest pakaikan mereka baju berbeza. Sejak itu, mereka umpama 2 individu berbeza. Masa bawa jumpa doktor, doktor pun cakap "Puan, walaupun mereka kembar but mereka tetap 2 individu berbeza." Akak setuju. Korang setuju?
Along didiagnose acute migrain. Alhamdulillah MRI semuanya normal. Sakit masih on off sakitnya.
Manakala Angah pula, kelenjar dan tonsil bengkak. Disebabkan itu, berlakunya jangkitan kuman. Doktor try pelbagai antibiotik, nak cari yang serasi. Alhamdulillah.
Seminggu lebih akak berkampung di hospital. Dan paling akak bersyukur, mereka ada insurans. Hanya berbayar 85 ringgit (RM85) sahaja, mereka menikmati rawatan yang mencecah 7 ribu lebih. Wow! Awesome
Dulu memang takut nak mencarum. Pertama, bimbang agen yang tak jujur. Kedua, banyak janji palsu. Kata cover but lastly tak cover. Haa, masak ko deq.
Hospital ni hanya ada single bed sahaja, bayangkan huru hara akak bila 2 anak masuk wad. Awalnya satu tingkat 5 dan satu tingkat 6 mengikut doktor pakar yang merawat mereka. Tetapi atas inisiatif nurse, mereka ditempatkan sama tingkat tetapi sebelah menyebelah.
Bila malam, akak minta mereka disatukan dalam bilik. Mujur dalam bilik tu ada sofa panjang. So, akak tidur lantai laah. Akak lebih suka, lebih selesa. Bila tido sofa, walaupun lena tapi sakit badan bila bangun. Atas lantai, akak bangun awal dan badan best giler.
Masa ni Allah je tahu betapa perasaan seorang ibu diuji. Yang bongsu dirumah sedang merindu. Mak ayah pula tak sihat. Allahuakbar.
Disini, kekuatan itu datang bila kita banyakkan istigfar dan berserah segalanya dalam jagaNYA. Yea bukan senang. Tetapi tak bererti kita tak mencuba langsung kaan.
Syukur yang tak terhingga bila mana segala keredhaan dan tawakal kita, Allah angkat dan jawab. Ingat akak pernah cakap kaan. Dalam setiap ujian, ada asbabnya dan ada rezekinya.
Alhamdulillah. Rezeki juga masuk. Mujur anak bongsu ada dirumah dan adik angkat akak ada sebagai runner akak. Paling best, bila pelanggan dan team fahami keadaan kita. Anugerah terbaik dari Allah tu.
Balik rumah, juga satu nikmat satu rezeki juga. Dapat peluk si bongsu. Balik balik je, ada yang roger nak ambil stok malam tadi. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Percaya bahawa Allah Maha Dengar. Lambat atau cepat rezeki itu, hanya DIA yang tahu bila kita betul betul memerlukan.
Dan ujian ini juga, ada message yang ingin DIA sampaikan cuma kita manusia bila tak bisa merungkai yag tersirat. Moga akan tersurat jua.
Okeylah, akak nak sambung packing stok untuk pos besok dan rehat. Jumpa lagiiiii.
Insyaa Allah.
Maziana Zainal Abidin
Stokis Aura Rezeki
0163961956
No comments:
Post a Comment