Tuesday 13 October 2020

Sabar



Ada di kalangan kita yang diuji rezekinya sekarang.
Ada orang yang melimpah ruah pula rezekinya sekarang, alhamdulillah.
Apapun yang berlaku kawan-kawan, sentiasa ingat bahawa antara rezeki yang paling besar ialah sabar.

Orang yang sempit rezekinya, perlu bersabar dengan kesempitan itu.
Itu cara Allah nak upgrade rezeki kita sebenarnya. Bila kita lalui dengan sabar dan redha, kita akan dapat rezeki yang lebih besar lepas ini, percayalah.

Bagi orang yang melimpah ruah rezekinya pun perlu sabar.
Sabar supaya tidak menunjuk-nunjuk rezeki yang Allah kurniakan. 
Sabar supaya tidak jadi sombong dengan kurniaan Tuhan.

Dan sabar untuk terus bersedekah dan mengeluarkan zakat walaupun mungkin tidak dilihat atau dihargai oleh orang yang menerima bantuan.

Sungguh, antara rezeki paling besar yang Allah kurniakan ialah SABAR.
Bersabarlah wahai Pejuang Rezeki sekelian. Pasti ada hikmah atas semua yang berlaku!

Ps: Penulis asal tulisan ini ialah Tuan Zuhairi Nopiah. Beliau merupakan penulis buku digital 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti!
Boleh dapatkan buku beliau di link di bawah. Banyak tips-tips rezeki yang mudah dan praktikal dalam tu. Saya dah baca!


No comments:

Post a Comment