Assalamualaikum
Disember 2020, bulan akhir disetiap penutup tahun tahun. Bezanya tahun ini, kita diuji. Ops 1 dunia diuji dengan pandemik Covid 19.
Menakutkan, menyeramkan, menyeksakan, meresahkan dan pelbagai lagi. Ada yang tekanan perasaan melampau.
Allahuakbar. Sesungguh setiap sesuatu yang berlaku adalah dalam pengetahuanMU Ya Rabb.
Pembelajaran anak anak tergendala. Banyak peperiksaan juga tertunda ke tahun hadapan. Tak tau nak suka atau berduka.
Sepanjang hayat yang kubawa ini, inilah kali pertama berlaku. Aku tempuhi demi amanah amanah yang KAU berikan ini. Sendirian. Tanpa suamiku. Ya Allah, KAU Maha Tahu SegalaNYA.
Awalnya ku rasakan lemah kerana tiada lagi sandaran untuk aku paut tatkala resah gelisah. Aku alfa sejenak. Tempat yang wajib aku sandarkan adalah padaMU Ya ALLAH, Ya Tuhanku.
Aku mengali dan terus mengali. Mencari pengertian disetiap sudut.
Aku disedarkan dengan sebuah lagu, Wujudku BayanganMU. Sesungguh hidupku ini telah KAU susun dari azali. Aku pemain watak dalam ceritaku yag telah KAU ciptakan dalam ceritaMU.
Bermuhasabahlah. Itu yang terbaik dalam meniti perjalanan ini sehingga kau dijemput Illahi. Peganglah bahawa setiap apa yang berlaku, DIA Maha Tahu. Bermunajatlah.
Sesungguhnya aku juga khilaf dalam perjalanan ini. Mujur Allah sedarkan aku. Menjentik hatiku tatkala aku terlanjur berdosa. Aku Pendosa.
Istighfar sebaik baik amalan tatkala kita sedar dari kesilapan. Amalan zikir ini sangat bagus. Berapa banyak tak penting tetapi kualitinya yang kita mahukan.
No comments:
Post a Comment