Tuesday, 9 June 2020

June 2020

Alhamdulillah, PKP dah ada kelonggaran. Bermakna wabak covid-19 dah semakin pulih. Yea walaupun ia tidak sepenuhnya. Belum bertemu penawarnya.

Suka duka perjalanan sepanjang PKP mengajar kita tentang kesyukuran, kasih sayang dan tanggungjawab. Tentang kenal diri.

Asbab PKP, ramai dah mula tahu akan kesukaran tugas individu yang digelar unsung hero. Siapa?
Isteri korang, mak korang lah. Orang yang berjuang disebalik tabir rumahtangga. Duduk sehari okey lagi. Bila berminggu berbulan, haa macam nak gempa bumi korang stres ek.

Yang selalu menjadi netizen, komplen sana sini. Iman tak betul baca, iman asyik ayat tu je, iman tak best lah. Sekarang bila korang jadi imam, apa ceritanya. Tak kan nak sia siakan Ramadhan begitu sahaja kan. So, mula buat kajian. Mula mencari ayat ayat dan doa untuk dibawa dalam solat.
Perit tak?
Awal je. Lepas tu nikmat. Rupanya "aku boleh weh jadi imam." Barulah namanya imam sebenar pada keluarga.

Semua tu kalau dipandang pada sudut positif, ia satu hikmah dan nikmat dari Allah yang kita kadang tak sedar kan.

Dah Mula Bekerja
Sejak beberapa hari lalu Menteri istiharkan PKPB, ramai dah mula bekerja. Pergi ulang alik pejabat tetapi mengikut SOP yang telah ditetapkan. Bukan apa, demi keselamatan kita semua.

Jalan dah mulai jem kembali. Semula mula menghargai pekerjaan mereka. Kerana ada sesetengahnya ada yang dipotong gaji, dipotong cuti dan ada yang diberhentikan kerja. Allahuakbar.

Sakit memang sakit, dalam ekonomi sekarangkan. Nak bagi makan minum keluarga. Tapi dalam kekurangan itu, kerajaan dan NGO ada menawarkan bantuan kan. Itulah uniknya ukhwah rakyat Malaysia ni.

Sebelum PKP, akak dah risau belanja sekolah anak anak berkurangan. Akak cakap " oo, takpe minggu depan cuti sekolah, sempat simpan." Rupanya aturan Allah, sekolah cuti sampai sekarang. Subhanallah.

Sejak belajar sana sini, ilmu bisnes ilmu spiritual (kerohanian) akak lebih pegang pada kata kata guru, " hidup ini tiada kebetulan, semuanya dalam pengetahuan dan aturan Allah."
Allah tahu semua ini akan berlaku, kenapa DIA lakukan jua. Semua menderita kan.
Tentulah Allah sahaja yang tahu kenapa DIA lakukannya.

Dan Allah dah cakap dari awal kejadian manusi, bahawa hidup,mati, rezeki dan jodoh telah DIA tentukan. Faham ke?
Usah lah korang cakap, "kenapa ini berlaku pada aku?".
Ingat Allah juga pernah berpesan, "sesuatu itu boleh berubah dengan doa dan amalan kebaikkan kita."

Ingat tak?
Untuk mendapat keberuntungan, kita akan diuji. Sejauhmana kita menerima ujian itu, atas minda bagaimana menerimanya.
Pak Nas cakap, walau yang datang itu berat, terima aja dulu. Katakan wow keren. Alhamdulillah.

Pelik ni. 
Waimah diuji kematian orang tersayang. Kerana apa, kerana Allah telah sediakan rezeki lain buat kita saat kita menerimanya.
Garfu Tala aje, temukan jawapannya dari Allah melalui Getaran Al Quran.

Antara garfu tala yang akak sering dapat. Allah menyatakan bahawa DIA memegang pemerintahan langit dan bumi. Segala isinya, DIA Maha Tahu. termasuklah urusan setiap hambaNYA.

So, faham tak?
Allah sentiasa ada disisi kita, Selalu tahu apa sahaja yang kita buat, sekalipun detik dihati kita.
Apa yang terjadi pada kita, DIA tahu. Tak perlulah nak serang menyerang tetapi kita serahkan segalanya kepada DIA.

DIA nak kita mengadu hanya pada DIA. Bicara dengan DIA. Menangis dengan DIA.

Ops, akak bukan ustazah or solehah. But inshaa Allah becoming solehah, aamiin Ya Allah Ya Mujib. Tak wajib jadi ustazah or ustaz untuk jadi baik mahupun soleh or solehah.

" Setiap kebaikkan yang kita beri, Allah menjanjikan kebaikkan juga dariNYA."
Usah takut buat kebaikkan walaupun kena kecam. Ambil kisah Nabi Muhammad SAW or dakwah Ustaz Ebit.

Semoga pengakhiran kita pengakhiran Husnul Khotimah. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.


Maziana Zainal Abidin
Stokis Aura Rezeki


No comments:

Post a Comment