Malam Ramadhan ke 19
Tak semua umat Islam diberikan nikmat rahmat Lailatulqadar. Hanya yang dipilih oleh Allah Taala. Beruntunglah mereka.
Kadang kita telah menyusun pelbagai strategik tetapi bila tiba saat itu, segalanya berubah.
Kerana apa?
Kerana Allah sebaik baik Perancang.
Hati yang suci bersih, mudah diterima doanya. But untuk lailatuqadar, tiada siapa mampu menebaknya.
Hidayah dan keberkatan diberikan kepada mereka yang Allah rasa perlu. Untuk membuktikan KEESAANNYA KEKUASAANNYA.
Indahnya malam lailatulqadar ni lain macam rasanya. Bila detik waktunya, tak semua orang tahu.
Kak Maz pernah 2 kali merasai saat kedamaian waktu, kesayuan, kesyahduan dan kesyukuran yang tak terhingga rasanya. Adakah itu petanda lailatulqadar?
Ia berlaku saat bersahur.
Pertama kali sewaktu bersahur di Kampus UiTM Jengka, bersama sahabat baik dalam lingkungan 3 pagi.
Kedua, bersama arwah suami dan anak anak. Selepas bersahur, kami lepak luar rumah bersama. Arwah bertanya, " Sayang, cuba rasai suasana ni. Tenang dan damai dia lain macam kan. Ada rasa nak menangis pun ada."
Terpandang ke awan, seolah olah tertulis kalimah Allah dan Muhammad. Subhanallah. Pengalaman pertama dan terakhir arwah di Ramadhan terakhir buatnya. Allahuakbar.
Al Fatihah buat arwah suamiku.
Ada orang kata, malam lailatulqadar pokok sujud mengadap kiblat. Tu belom pernah Kak Maz temui tetapi bonda pernah sewaktu dia kanak kanak.
Kata bonda, lintang pukang dia lari pulang ke rumah. Sesampai di rumah, dicedoknya air tempayan untuk cuci kaki. Tetiba, tuk tuk bunyinya. Rupanya air tempayan membeku.
Kata bonda, waktu itu masih budak. Bukan tahu apa, yang tahu adalah ketakutan. Yealah benda pelik berlaku.
Itulah pengalaman bonda dan Kak Maz. Bagaimana pengalaman korang?
Maziana Zainal
No comments:
Post a Comment