Bukan mudah melupakan mahupun menangkis rasa rindu pada seseorang yang kita sayang. Apatahlagi saat kita berada di suatu tempat memory indah tercipta.
Disitu segala ceritera pelbagai rasa ada. Suka. Duka. Gelak dan ketawa. Tangisan dan kesedihan bertapa.
Tiada mampu mengubati kerinduan. Kerinduan kepada sesuatu yang telah hilang buat selamanya.
Rindu arwah ayah mertua yang kujaga makan minumnya. Kurawat sakitnya. Kuiringi detik detik penghujung hayatnya sehingga malam terakhir arwah memelukku dan mengucapkan terima kasih.
Rindu arwah suami yang hampir 13 tahun bersama. Suka duka dan cabaran demi cabaran kami tempuhi bersama hingga ke penghujung hayatnya.
Allahuakbar.
Kini perjalananku bersambung menjaga anak anak yatimku dan orang tuaku yang kian menjelang usia senja.
Yea, ladang pahala buatku. Ladang pahala buat anak anak solehku yang sanggup berkorban bersamaku menjaga opah aki mereka.
Aku terpaksa korbankan perjalanan anak anak demi orang tuaku. Mujurlah anak anak memahami. Antara aku dan anak anak perlu ada akadnya setiap kali aku perlukan pengorbanan mereka, walaupun aku ibu.
Aku sangat bersyukur walaupun anak anak agak nakal dan memberontak sifatnya, bila tiba saat sebegini mereka amat memahami. Subhanallah Maha Suci Allah, DIA Lebih Tahu.
Aku percaya perjalanan ini telah tertulis buat aku dan anak anak. Aku dan anak anak perlu tabah dan bersedia menerimanya kerana disebalik ujian ini, ada hikmah menanti dari Allah.
Saat aku sangat memerlukan pertolongan atas ujianNYA, DIA menjawab dan memberikan aku penyelesaianNYA. Menitis airmata saat segalanya DIA permudahkan.
Perjalanan ini masih jauh. Masih kabur. Masih banyak perlu diterokai. Masih banyak pengorbanan perlu dibuat. Masih ada airmata perlu dititiskan.
Biarlah segalanya Allah pandang dan mengangkatnya sebagai pahala buat aku, anak anak dan arwah suami serta mertuaku.
Sesungguhnya tiada dayaku, kudratku tanpa Allah disisiku. Terima kasih Allah.
Akan ku jaga amanah amanahMU ini sehingga nafasku yang terakhir. Bantulah aku disetiap perjalanan ini.
Bismillahitawakaltualallah....
Segalanya kuserahkan kepadaMU Ya Allah.
Maziana Zainal Abidin
Stokis Aura Rezeki Kuantan
No comments:
Post a Comment