Tuesday, 17 September 2019

SELAMAT TAHUN BARU 1441



SALAM MUHARRAM 1441
(Gambar : Google)

Assalamualaikum semua
Masih tak terlewat kot nak ucap Selamat Tahun Baru Islam kaan. Moga tahun ini segala amalan kita, ibadah kita, jariah kita dan urusan dunia dan akhirat kita ni Allah pandang dan Allah makbulkan.
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Hari ni dah 17 September 2019 bersamaan 17 Muharram 1441. Kebetulan ke?
Tiada kebetulan, ia dah lama tertulis. Siapa yang tulis? Allah S.W.T laah.

Sejak belajar pelbagai bidang ilmu, akak mula nampak sedikit demi sedikit. Mulai sedar hakikat hidup ini. Mulai kenali Allah. Mulai nampak setiap ujian dan perjalanan ini waimah bernafas puun, Allah Tahu. Allah Atur.

Nak sombong?
Tak ke mana puun. Bakkata Founder Mamadil Puan Dila Mubarak kepada puterinya.


Macam biasa..sebelum hantar kakak ke asrama semalam, mesti mama bebel dululah.
Mana boleh lepaskan peluang.
Masa kita terlalulah singkat.
Jika tak manfaatkan sekarang,
Esok belum tentu ada.
"Kakak ingat satu benda mama nak pesan ni..."
Cakap satu benda padahal panjang berjela.
"Kakak, ingat ni.."
"Kau cantik atau kau hodoh
Kau cerdik atau kau bodoh
Kau gemuk atau kau kurus
Kau rendah diri atau kau meninggi diri
Kau kaya atau kau miskin
Kau banyak pahala atau kau banyak dosa
Kau bukak aurat atau kau tutup aurat
Kau sopan atau kau kurang ajar
Kau pelihara mulut atau kau suka mengumpat
Kau tutup aib orang atau kau suka buka aib orang
Kau orang biasa atau orang alim
Kau hafaz Quran atau kau hafaz benda meraban
Kau murid atau kau cikgu
Kau baik atau kau jahat
Kau sedar diri atau tak sedar diri
Kau ada adab atau kurang adab
Kau jenis bersyukur atau kufur
Kau reti balas budi atau jenis tak kenang jasa
Kau anak soleh atau anak derhaka
Kau rasa akulah hebat orang lain cap ayam
kau rasa kau sajalah ahli Syurga orang lain ahli Neraka"
"Siapa pun kau..
Akhir sekali yang kau jumpa adalah kematian.
Siapapun kau"
"Jadi kakak ingat baik2 pesan mama.
Kakak pilihlah nak jadi yang mana satu & pastikan kakak ingat, akhir sekali yang kita jumpa adalah kematian"
"Akhir sekali kehidupan atas dunia ni ialah...mati.
Dengar kakak???"
Budak ni macam biasalah mana dia nak bukak mulut setiap kali mama dah bukak mulut.
Dia diam & hangguk saja.
Bila sampai di asrama dia, kakak mintak mama naik sekali ke biliknya sebab barang banyak nak bawak naik.
Waktu tu masih awal..belum zohor pun lagi.
Pelajar2 lain belum sampai.
Kakak cakap pada mama,
"Mama sponsor la katil baru untuk asrama ni..Mama tengok la katil ni semua tunggu masa je nak runtuh. Dah buruk sangat la maaaa..."
"Boleh kakak insyaAllah.
Mama nak kakak doakan mama dulu.
Biar mama dapat Rm10 juta sebulan..jangan kata katil..dengan bagunan sekali mama buat baru nanti.
InsyaAllah..."
"Hah? 10 juta sebulan?
Mama ni biar betul..."
"Kakak rasa 10 juta tu besar atau Allah Maha Besar?"
Terus diam si anak.
Mama cakap pada kakak..duit yang ada sekarang mama tak boleh boros suka hati.
Mama nak usahakan amanah yang ayah ki pesan untuk bangunkan pusat pengajian Islam di tanah yang ayah ki wakafkan tu..
Sebab tu mama mintak kakak doakan mama mulai sekarang mama dapat Rm10 juta sebulan.
Saya ajar anak2 rasa duit tu kecil saja.
Yang besar adalah Allah.
Bila Allah yang Maha Besar,
apa sangat nilai 10 juta tu...?
Susah sangat ke Allah nak beri?
Allah Yang Maha Kaya.
Mudah sajalah bagi Allah.
Tugas kita, mintak.
Tak mintak, kita sombong.
Biar si anak berfikir.
Jangan ajar anak duit lebih besar dari Allah Yang Maha Kaya.
Jadi...
Apa yang kita nak takut sangat tentang rezeki bila kita dah bertuhankan Allah Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Rezeki?
Allah Al Mutakabbir.
Allah Ya Razzaq.
Allah Ya Ghaniyy.
Allah Ya Mughni.
Perfect.

Iyea, hakikatnya diakhirnya kematian yang menjemput kita. K.E.M.A.T.I.A.N.

Okeylah, nanti kita sambung yea.


Maziana Zainal Abidin
Stokis Aura Rezeki
Agen Mamadil
Agen Kek Keju Meleleh Chef Sanif
KUANTAN, PAHANG

No comments:

Post a Comment