Monday 1 January 2018

2018 Bikin Luar Biasa

Anjakan Paradigma 2018
Teks: Maziana Zainal
Sumber Rujukkan : Dewan Bahasa Dan Pustaka


Dari sudut ertinya:
Anjakan
Hasil menganjak, peralihan.

Paradigma
Merujuk kepada makna lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi) pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kesedaran yang ada.

Anjakan Paradigma
Peralihan paradigma (pemikiran/pengetahuan/kemahiran) daripada satu lingkungan atau batasan kepada sesuatu yang baru (biasanya kepada yang lebih baik).

Setiap orang seharusnya melakukan anjakan paradigma untuk meningkatkan kualiti diri.
Dan untuk merealisasikannya dengan jaya, persekitaran juga perlu diubah.
Jadi, sempena cuti tahun baru ni kita ubah posisi bilik, tempat kerja, tempat belajar dan segala bagai. Ia sangat mempengaruhi kita untuk melaksanakan tugasan dan membantu menyumbang ketenangan dan idea.

Bakkata para cendikiawan, kita bertindak serta bertindak diluar kotak. 
Cabar minda dan kebolehan diri. Berubah dari zon selesa.
Tiada lagi mempersoalkan segala bagai kejadian macam detektif sebalinya berfikir bagaimana solusinya.

Tiada lagi membebani jiwa dan minda atas segala yang berlaku, sebaliknya mengatakan Allah sedang merindui aku.

Tiada lagi syak wasangka dengan perkara yang berlaku, sebaiknya mempersalahkan diri sendiri dan mencari penyelesaian.

Tiada lagi istilah mustahil kepada mungkin.

Membenarkan diri untuk belajar dan belajar. Aktifkan kreativiti minda dan do it.
Sokong diri dan pemikiran anda dan bangkit terus.

Anjakan paradigma bukan setakat diri sendiri, kita boleh mengajak dan mengajar anak-anak bersama untuk berubah kepada kualiti yang lebih baik dari sebelum.

In shaa Allah.
Belum terlambat jika terus berusaha. 

No comments:

Post a Comment