Saturday 30 December 2017

Jendela 2018

Selamat Datang 2018
Teks: Maziana Zainal

Pintu gerbang 2017 kian melabuhkan jendelanya. Lusuh berganti baru, begitulah resamnya.
Masa yang berlalu menjadi sejarah dan panduan untuk meneruskan langkah di hadapan.

Onak dan ranjau tak akan pernah sama. Ketahanan belum tentu seteguh sebelumnya.
Namun tarikhnya, waktunya pasti akan berlangsung tanpa memperdulikan apa yang berlaku. Usia juga semakin men"tua"kan diri. Urat dan sendi pastinya turut dimamah usia, tidak semuda remaja.

Iman perlu ditambah dan diperhebatkan untuk bekalan di sana. Ketaqwaan perlu dididik dan dibentuk untuk teguhkan iman.

2018 dikhabarkan akan mengoncang ekonomi dunia. Peningkatan kos yang saban masanya naik, kurangnya sedikit.
Kos rawatan juga menduga mereka yang sederhana seperti kami. Entahlah. 

Mengenang detik 5 tahun lalu, kami amat sukar mendapatkan bantuan. Tetapi kini dikhabarkan, orang kaya senang-senang dapat bantuan. Takpelah, ia dah berlalu. Biarkan mereka yang bertanggungjawab terhadap amanah menyalurkan bantuan ini menjawab dengan Allah di sana nanti.

Untuk mengundur waktu, memang mustahil. Hidup kena ditempuhi dengan pelbagai rasa. Asal jatuh, bangunlah kembali. Asal berdiri, teguhkanlah kekuatan sendi supaya jatuhnya tak menjunam kembali.

Allah tidak menzalimi hambaNYA. Ia ketukkan kasih sayang dariNYA. DIA mahu kita berbicara denganNYA, meminta padaNYA dan berpaut kepadaNYA.

Asbab sesuatu ujian, ada rezeki yang baik dari Allah. Sedar ke tak? 
Egonya kita sehingga tak nampak rezeki yang diberikanNYA disebalik ujian. Allahuakbar.

2017
Kak Maz belajar kenali potensi diri, bakat diri dalam bangkit dari kejatuhan bisnes. Kemampuan Kak Maz membuka bisnes kuih frozen. Iyea, itu kemahiran yang kami warisi dari mak ayah. 

Potensi diri - mengolah, mendalami dan menguji resepi demi resepi sehingga mendapat yang serasi dengan selera pelanggan.
Serta memenuhi tempahan berpuluh bekas setiap minggu hanya dengan bekerja seorang diri, bukan sesuatu yang mudah.

Penghujung garis penamat pula, Kak Maz meng"upgrade"kan diri dari seorang droship kepada agen untuk beberapa produk. Alhamdulillah.

Asalnya tiada keyakinan tetapi Kak Maz usahakan untuk berfikir terus dan mencuba dan mencuba.

Menjadi agen RichMe Inai, kerana Kak Maz memang suka berinai tau. Kebetulan inai ini ada aloevera, ia membantu merawat kuku yang rosak. Mak Kak Maz pun suka, adik serta anak buah juga suka.

Losyen urut berasaskan air (waterbased) MMG, Kak Maz melangkah ke level seterusnya kerana jatuh cinta dengannya. Mudah diserap ke dalam lapisan kulit, sakit semakin pulih. Denga haruman lavendernya, orang tak tahu ia losyen berubat.

Kalau dulu, asyik bau minyak cap kapak je. Orang sebelah pun naik pening bau. Kalau dalam tempat berhawa dingin, boleh sesak nafas. Hahaha.

Target Kak Maz 2018
Mencapai target seperti orang bisnes lain. Menjual produk orang dulu lah, kumpul modal untuk majukan produk sendiri. 

Membantu mereka yang ada sakit dan masalah, sebab tu Kak Maz niaga produk MMG waterbased losyen dan Aura Rezeki. 
Moga khasiat 2 produk ni, dapat membantu mereka yang memerlukan.
Orang sombong je tak mau dibantu. Ops, jangan kecam tau. Ia realiti kehidupan.

Bebas kewangan? 
Iya. Itu target utama. Sebab nak kena simpan untuk rawatan suami dan anak-anak, serta orang tua kami. Rawatan adalah asbab kita perlu jadi KAYA. Tanpa wang, rawatan menjadi sukar. Maka, riwayat tersayang akan terancam.

Kemewahan lain? 
Itu bonus lah jika ada lebih. Tetapi lebih baik harta dunia, kita labur untuk kumpul harta akhirat.
Faham tak?

Moga Allah mempermudahkan urusan kehidupan di dunia dan akhirat kami. Mendatangkan kami bisnes dan rezeki yang tiada henti dan putusnya. Meredhai dan merahmati serta memberkati amalan dan ibadah kami dunia dan akhirat.

Aamiin Ya Rabbal Alaamiin. Aamiin Ya Mujib.

Terima kasih 2017 kerana bersama kami. Selamat datang 2018, berjuanglah bersama-sama kami.


Ikhlas
Maziana Zainal



No comments:

Post a Comment