Saturday, 27 January 2018

Rindu Arwah

Duhai Ayahanda Idrus Hussin
Teks: Maziana Zainal

Tahun ni dah 3 tahun ayah pergi. Terkadang teringat kenangan menjaga ayah. Tersentuh saat minggu-minggu akhir ayah bersama kami.

Setiap kali terbau haruman dettol, terus terungkap saat membersihkan ayah. Cucu-cucu ayah juga begitu, "Ibu, bau macam arwah aki." 

Tatkala melihat orang lain menjaga orang tuanya di hospital dan di rumah, hatiku berkata " Aku tahu perasaanmu, aku tahu amanah yang kau pikul." Allahuakbar.

Menjaga orang tua, tak sama kita menjaga anak-anak. Sedetik tersinggung, neraka menantimu. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

Orang sekeliling kena memahami bukan menghasut pelbagai cerita, pelbagai nista.
"Kau ni tak reti nak balik kampung ke, nanti lupa jalan pulang".
Tak cukup itu, kau racun pemikiran mereka yang memahami keadaannya sehingga berlaku perbalahan.

"Ala, tak kan adik beradik yang lain tak boleh jaga. Kau pun ada orang tua."
Allahuakbar, zalimnya hati manusia ini. 

Aku telan bertahun lamanya. Sehingga satu saat yang sangat menyentap jiwa bilamana orang tuamu berkata " Takpe tak balik, kami dah redha. Kau buat, kami juga dapat pahalanya."
Allahurabbi. Anugerah terindah dengan hanya kata restu sebegini redha.

Arwah ayah Idrus Bin Hussin, seorang ayah yang kuat berzikir dan berselawat serta bersedekah. Ini apa yang aku sendiri lalui bersamanya. Duit pencennya disedekah ke surau atas nama waris-warisnya yang terdahulu dijemput Illahi.

Walau sepanjang sakitnya terlantarnya arwah, dia tidak boleh bersolat tetapi harinya tak sepi dengan berzikir.

Akhiran, arwah dipermudahkan perjalanan terakhirnya di muka bumi ini. Dimurahi dengan rezeki sesudah itu bilamana tahlilnya disumbang oleh jemaah surau.

3 hari bertahlil, tahlil terakhir kami tanggung sebahagian kerana sebahagian lagi sumbangan dari jemaah yang menyediakan makanan. 

Walaupun kini ayah tiada, kenangan ayah masih ada bersama kami.
Semasa aku bernikah dengan suamiku, ayah memang dah uzur. Usai kembar kami lahir beberapa bulan, ayah diserang strok. Dijaga oleh arwah cucunya sehingga satu saat berlaku perkara yang tak diduga, barulah kami menjaganya sehingga akhir saatnya.

Moga arwah ayah mertua dan ibu mertuaku aman disana. Diangkatkan amalan-amalan baik mereka menutupi khilaf yang ada. Dirahmati dan diberkati rohnya.
Aamiin Ya Rabbal Alaamiin. Aamiin Ya Allah Ya Mujib

No comments:

Post a Comment