Wednesday 24 January 2018

Misi Jutawan 2018

Misi Untuk Berubah
Teks: Maziana Zainal

Kebanyakkan usahawan diluar sana mengkhabarkan bahawa 2018 adalah tahun yang sangat mencabar dari tahun lalu.
Mengapa? 
Tang ni tiada jawapan. Secara mata kasar, ramai orang berniaga. Macam cendawan tumbuh, itu belum lagi lahirnya founder founder produk yang baru.

Bagus tu memang bagus cuma takut terpedaya dengan yang tidak benar, seperti yang di kompangkan secara #founderscammer #founderviral. Nauzubillah.

Moga Allah sentiasa lorongkan kita kepada yang benar dan rezeki bisnes yang tak pernah putusnya.

Pengalaman sahabat Kak Maz, seorang yang handal dalam bisnes. Dia umpama mama jerung tau. Mana syarikat yang dia join, team dia pasti meletup bagaikan bom atom. Tetapi sayang seribu kali sayang saat tengah memuncak, syarikat gulung tikar dan tutup. Tak tahu mana silapnya, nak kata rugi tetapi jualan memuncak. Yang jadi mangsa keadaan, ahli ahli yang baru nak naik dan melabur dengan modal yang besar. Allahuakbar.

Walaupun Kak Maz dah lama berniaga, pengalaman dan mainan bisnes alaf ini masih kurang arif. Terkadang terikut nafsu, kecundang di tengah jalan.

Belajar Menapis
Suami adalah penasihat Kak Maz. Iyalah, hanya dia sahaja yang ada dan memahami ekonomi kami. Tetapi Kak Maz ni derhaka sikit hahaha. Ampun yea cik husben.
Psst psst, blog ni suami Kak Maz skodeng tau. Love u lah sayang. Korang yang baca jangan lah muntah tau.

Berbalik pada topik kita.
Iya, sekarang kena tapis produk yang Kak Maz jual dan bakal jual. Mana yang agak perlahan, Kak Maz cuba pasarkan sebaik mungkin. Jika dua ke tiga bulan tak jalan, lebih baik undur diri. Kita jangan susahkan syarikat yang kita sertai itu terbeban.

Manakala yang sudah ada laluan, jalan dan pecut lagi. Begitulah. 

Tambah Ilmu
Alaf baru ni, resam bisnes sangat berbeza dan wow. Takde ilmu, memang bertambahlah sakitnya.
Sedangkan sifu ilmu pun, bisneskan ilmu mereka. Cuma, janganlah sampai bergadai. Kita masih ada tanggungan. Carilah yang mampu dimiliki.

Kak Maz banyak dapat yang percuma (dihadiahkan) dan bawah kos ( yakni bawah rm200, itupun berjuta kali berfikir).

Selain ilmu bisnes, ilmu menjemput rezeki juga penting. Kenapa?
Sebab rezeki ni ada pemiliknya yang mutlak. DIA pemegang hati semua manusia dan makhluk. Iya, Allah lah Pemilik Rezeki Yang Mutlak dan Pemegang Hati Makhluknya.

Misi Jutawan 2018
Dalam misi ini kami lebih mendekatkan diri kepada Allah. Meminta dan menjemputnya dari Allah.

Selain itu, kami menjalani proses menampal aura diri yang bocor. Menarik aura magnet kejayaan, kekayaan dan keyakinan.

Bagaimana?
Mandian garam aura bersama ais. Garam pilihan kami adalah Garam dari Aura Rezeki.
Kami buat secara berjemaah. Melaksanakan solat 5 waktu, solat sunat (solat dhuha, solat tahajud, solat taubat) dan berzikir. Selama 21 hari.

Ini hanya usaha kita yea. Jangan sesekali taksub bahaya produk ini yang berikan kita kejayaan. Tidak. Tidak. Tidak.
Ini asbab sahaja, semuanya melalui Izin Allah.

Rezeki setiap manusia itu tak sama. Ada yang dapat jodoh, dapat anak, dapat ketenangan, berubah 360 darjah sikapnya dan paling "win" ( ayat orang sekarang kan) dapat jualan melonjak lonjak. Wow! Best ke best.

Ujian dan dugaan dalam proses ni ada macam-macam. Antaranya, anak Kak Maz sakit dah masuk 2 minggu. Apa yang Kak Maz rasa? Kak Maz dapat bertenang dan atasi dengan sabar. Dicucuk sana sini, masih boleh tenang macam takde perasan.

Minda masih boleh berfikir dengan realistik dan tak huru hara. Biasalah mak-mak kan. Jiwa kacau bila tengok anak sakit berhari-hari, makan ubat pun tak jalan dan ditambah suami pun sakit.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Kerana DIA, nikmat ini Kak Maz lalui dengan redha dan pasrah. Percaya bahawa akan ada rezeki bersama ujian ini. Aamiin Ya Allah Ya Mujib.


Maziana Zainal
Usahawan Online



No comments:

Post a Comment