Sambalicious
Teks: Maziana Zainal
puanmazianazainal@gmail.com
Macam best je bubuh nama "sambalicious". In Shaa Allah sesedap sambal sesedap nama gitu.
Nak tengok rupa dia?
Tercipta idea ketika tengah malam yang dingin, sewaktu mata tak lena nak beradu. Cewah! Ayat mak jemah mai dah. Hahaha
Terfikir apa nak buat untuk memudahkan kerja-kerja memasak di dapur sebenarnya. Beberapa hari dah skip memasak dek kerana kesibukkan menyediakan dan menyiapkan tempahan karipap dan temosa frozen.
Sian anak-anak dan suami, asyik makan airtangan tukang masak gerai. Sayur habis membusuk dalam peti, terbayang duit berterbangan masuk tong sampah. Masya Allah, rasa bersalah datang menebal.
Kebetulan en suami beli cili kering banyak macam nak niaga nasi lemak, kita pun cuba eksperimen. Dulu Kak Maz pernah buat stok cili kisar. Nak masak, dah tak perlu beli cili boh.
Kali ini Kak Maz cuba buat dalam bentuk pes. Siap dah diperisakan. Hanya tinggal untuk dimasak sahaja.
Dalam proses menyediakan, peh satu rumah berbau sambal. Wow! Menyelerakan sungguh.
"Ibu, masak apa? Nasi lemak ke?"
"Ibu buat pes sambal, ibu nak frozenkan."
Bayangkan dari yang sulung sampai si bongsu duk ulang alik ke dapur berkali-kali bertanya sehinggalah segalanya siap.
Dah siap. Kak Maz pun masukkan dalam bekas-bekas yang kecil, senang nak masak. Kita keluarkan sebekas dan sebekas.
Malam ni Kak Maz dapat 6 bekas. Tiba-tiba, si bongsu minta sebekas.
" Nak buat apa adik?"
" Nak makanlah, makan dengan nasi."
" Sambal ni kosong je."
" Takpe ibu, sedap."
Dijajanya kepada abang-abangnya, pancing perhatian mereka. Maka, inilah kejadiannya.
"Ibu, gorengkan ikan bilis boleh? Kami nak makan dengan sambal ni."
Emm, dengan ibu sekali terjebak. Wah! Memang sedap. Hahaha.
Sambal Udang
Kejadian di atas ni berlaku malam semalam. Tengahari ni Kak Maz buat sambal udang, permintaan mereka malam semalam.
So, Kak Maz keluarkan dari freezer. Sementara tu, kita siang udang dan bawang besar.
Dah siap menyiang dan cuci. Kak Maz panaskan minyak dan tuang pes sambalicious kita tu.
Sah sahlah tak payah tunggu naik minyak lelama sebab memang dah naik minyak pun.
Kak Maz tak tumis bahan lain dulu?
Ooo, tak perlu sebab sambalicious Kak Maz ni dah ada belaka termasuk perisanya.
Dah naik minyak dan sekata, kita bubuh udang dan bawang besar.
Hoorrey! Siap. Tak sampai 20 minit pun.
Dah tak perlu tambah garam ke, gula ke atau perisa. Semua ngam ngam. Kecualilah kalau ada yang suka masin lebih or manis lebih.
Gambar?
Alamak, tak sempat ambil. Lepas masak tadi terus ambil anak sekolah. Pastu? Lupa.
Tau tau ayahnya balik, tinggal sepiring je sambal. Nasi masak 3 setengah pot, hanya tinggal untuk 2 pinggan je.
Rupanya dalam diam, diorang 3 beradik duk ulang makan.
"Sedap sangat ibu. Kami asyik lapar je."
Mujur ayahnya bukan jenis yang berkira.
" Takpe sayang, rezeki mereka. Habis pun takpe tapi kalau boleh tinggal sikit buat rasa."
Bab makan, en suami memang tak kisah dan berkira kecuali duit dah paras-paras.
Alhamdulillah. Syukur padaMU Ya Allah.
No comments:
Post a Comment