Tuesday 21 November 2017

Ilmu Oh Ilmu

Segalanya Ilmu
Teks: Maziana Zainal
puanmazianazainal@gmail.com

Dunia bisnes sekarang sangat mencabar. Tak macam dulu. Nak berniaga, cari kedai dan berniaga. Tunggu pelanggan datang.

Alaf sekarang, kita kena panggil pelanggan masuk kedai kita. Panggil pula ada caranya.
Pelbagai tawaran ilmu ditawarkan. Wah! Testimoni sifu semua hebat belaka. Harga? Masya Allah.

Bagi yang sederhana macam Kak Maz, memang tekan air liurlah jawabnya. Komitmen tinggi. Kena fikir 1000 kali dan lebih berkali kali.

Mujur ada yang percuma dan ada yang paras budget kemampuan kita. Tapi semua biasanya online.

Kadang bila mampu dari sudut modal, hari dan waktu pula tak sesuai. Maklumlah, Kak Maz kena set betul-betul dengan jadual dialisis suami. Tak sanggup biarkan dia dengan anak-anak. Sudah lah sakit dialisis tak kurang, letih, lesu nak pula jaga anak-anak.

Sesetengah orang akan cakap, itu suara biawak, itu alasan. Nak berjaya, kena berkorban. Korban ada banyak sudut. Ini amanah Allah. 

Saya nak berjaya tanpa mengabaikan amanah ini. Tinggalkan dengan suami je. Ya, kalau suami kita sihat. Suami Kak Maz sakit.

Takpe, Kak Maz usahakan pada ilmu yang lain. Ilmu Allah ini luas. Hati guru ini milik Allah. Ada yang sanggup mencurah tanpa ganjaran. Allahuakbar.

Tahun ni rezeki Kak Maz, mungkin ganjaran dari Allah setelah 10 tahun jaga mentua. Kak Maz dapat belajar blog 2 kali dari Cikgu Masayu. Secara percuma. Dapat ebook dan latihan dari fotografer terkenal Kamalia Kamal, tentang cara menggunakan telefon pintar untuk membuat dan menangkap gambar yang cantik.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Kak Maz tak sempat nak mengaplikasikan kesemuanya lagi, masih dalam pembelajaran.

Sebelum menggali ilmu yang diwar warkan, kita kaji dulu. Ikut modal. Ikut perkembangan insan yang pernah belajar. Kerana ada segelintirnya hanya copy paste sahaja ilmu. Mereka sendiri belum mencapai apa-apa pun, dah boleh jadi penasihat syarikat mahupun founder.

Moga kita dilindungi Allah. Ilmu biarlah berkat. Ilmu biarlah bermanfaat.
Sanggup bergadai untuk ilmu, berbaloi ke?
Atas komitmen anda, asalkan amanah Allah itu terjaga sempurna. Jika amanah terabai dek kerana ghairah ilmu, pada Kak Maz TIDAK.

Kumpul modal. Barulah jejak ilmu, akan terasa berkatan.
Allah sedang menguji kita.
Jangan tersalah memilih dan melangkah.
Tak salah bersabar.



Maziana Zainal
Bisnes Sejukbeku

No comments:

Post a Comment