Thursday 7 December 2017

Hero Malaya Berkhatan

Fasa Baru Seorang Lelaki
Teks : Maziana Zainal


Bak kata suami Kak Maz, lelaki ini ada 4 cabaran dalam hidupnya. Antaranya:

  1. Cabaran berkhatan
  2. Cabaran akad nikah
  3. Cabaran menanam uri anak sendiri
  4. Cabaran mewalikan anak perempuan
Untuk suamiku, cabaran ke 4 tak mungkin berlaku kerana anak kami semua lelaki. Maaf ye abang, perancangan Allah semua ini. Lengkap sudah cabaran si ayah.

Sekarang cabaran pertama anak-ana lelaki Kak Maz. Berkhatan.
Fasa seorang lelaki melangkah masuk ke alam teruna dan remaja. Anak kembar Kak Maz berusia 11 tahun dan anak bongsu berusia 8 tahun.

Kami mengkhatankan mereka serentak supaya tiada yang akan sakat meyakat. Sakit bersama.

Seawal subuh, si ayah dah menakung air di dalam kolam untuk anaknya mandi nanti sementara menunggu tok mudim sampai. 

Ibu mengejutkan mereka seawal 7.30 pagi untuk merendam. Wah, seronok mereka. Iyalah dapat main air puas puas. Dengan berani bertanya, " Ibu, bila atok sampai. Saya nak dulu."
Terkejut Kak Maz, wah anakku dah bersedia sungguh ni.

Melintas sebuah ambulans di depan rumah. "Haa, atok dah sampai."

Ayah rupanya dari tadi dah siapkan tempat untuk berkhatan dan sesudah berkhatan. Atok pun masuk bersama pembantunya. Dipersiap segala perkakas untuk mengkhatankan.

Waktu ini hati seorang ibu mulai resah gelisah. Malam tadi, ibu mulai demam. Masa anak bersunat, masih belom kebah sepenuhnya tetapi kerana anak-anak digagahi. Begitu juga ayah, dah 3 hari demam.

Saat Mendebarkan

Si along berbaring di tempat yang disediakan. Ayah ke hulu ke hilir menjaga lagi 2 anaknya supaya tak melihat di samping memerhati. Zaman muda dulu, ayah selalu ikut atok khatankan orang, dia dah tahu cuma maybe tak sanggup tengok anak sendiri.

Saat bius nak dimulakan. Si along menjerit-jerit. Ibu hanya pegang di kaki sahaja sambil urut-urut. Jeritannya tadi telah mengugat jiwa adik-adiknya, maka ketakutan bersarang di jiwa.

Bila bius dah mulakan kerjanya, maka kaedah khatan bermula. Dah tak sakit, cuma rasa macam dicubit katanya.

Pendarahan juga tidak banyak. Tak luak ke lapik pembaringan.

Sekelip mata sahaja, dah proses menjahit. Menjahit? Jahit ke?
Aah, ayah yang pilih. Katanya kaedah ni cepat sembuh. Dan dia yakin dengan atok sebab yang buta pun atok boleh sunatkan.

Dan lagi satu, atok tak balut pun. Tiada darah yang keluar.

Sekarang along dah selesai. Ayah baringkan dia di bilik sementara tunggu adi-adiknya selesai.

Setiap anak lain ragamnya. 
Si angah, ibu duduk disebelahnya. Ya Allah digenggam sekuat hatinya. Dengan cucu yang tajam, mencengkam kuat. Adakala hampir digigit lengan Kak Maz. 

Bila bius dah meresap, segalanya proses berlaku tanpa rasa sehingga akhir.

Tiba saat yang bongsu. Rupanya dia dah menangis ketakutan. Adik seorang tak tenang. Dia tahan sakit masa dibiuskan tidak seteruk abang-abangnya. Dipeluk dan digigit bantai sambil memeluk lengan ibu. Airmata dan jeritan kecil sahaja menzahirkan kesakitan itu.

Alhamdulillah. Selesai sudah.
Saat atok balik dan anak-anak masih ada bius, ibu dah tak dapat bertahan. Terus telan panadol dan tidur.

Nak tahu kisah berpantang dan cabaran si ibu menjaga? 
Tunggu episod seterusnya.

p/s: Maaf, gambar tiada. Anak-anak tak mengizinkan.

Selamat Berkhatan.




No comments:

Post a Comment