Wednesday 22 November 2017

Cabaran 2017

Suka Duka 2017
Teks: Maziana Zainal


Tirai 2018 akan dibuka. Jendela 2017 akan berlabuh meninggalkan berjuta kenangan, seperti tahun-tahun sebelumnya.

Apa yang telah berlaku, kita jadikan panduan dan sokongan untuk meneruskan perjalanan di tahun mendatang.
Panduan atas kesilapan lalu supaya tidak diulangi lagi dan menjadi aras ukuran kebangkitan kita.
Sokongan yang kita zahirkan untuk terus sabar dan tabah, harus disemadikan dijiwa suapaya sentiasa menongkat hati agar tidak terjatuh kembali.

Inilah guru kehidupan yang sebenarnya.
Ia jujur dan ikhlas bersama kita. Paling utuh untuk kita sandari.

Tetapi disebaliknya tentu ada "sesuatu". Kerana ia tak mungkin bergerak diperolehi sendirian.
Betul tak?
Ya, disebalik kejatuhan dan kebangkitan ada ALLAH. Jangan pernah lupa ini. Kita tak diajari oleh Rasulullah bersikap angkuh dan bongkak. Setiap apa di dunia ini tidak bergerak sedikitpun tanpa izin Allah. Waimah angin yang bertuip tanpa kita nampak dan sentuh.

Kesedaran 2017, membuka minda Kak Maz. 
Kenyataan bahawa anak Kak Maz sakit, suami sakit. Adakah Kak Maz mengeluh? Oh, tidak.
Awalnya Kak Maz sedih dan runsing. 
Tetapi kelamaan hati ini berkata, " Ya Allah, aku redha atas semua ini. Aku terima kenyataan ini. Bantulah aku dalam redhaMU." Kak Maz renung wajah-wajah kesayangan Kak Maz dengan penuh rasa bersalah.

Tahu tak? Dengan perasaan terima dan redha. Ia meringankan kerungsingan hati kita. Segala kita ingin lakukan, diperingankan Allah.
Rezeki juga Alhamdulillah.

Suami dan anak diuji kesakitan yang mereka tanggung. Kak Maz diuji minda dan hati. 
"Engkau Mampu?" 
Seolah kedengaran suara dari hati.
"Allah percayakan aku."
"Percayakan kau? Kau siapa?"
"Dalam Al Quran ada tertulis, Allah menguji seseorang hambaNYA mengikut kemampuan hambaNYA. So, Allah percayakan aku dengan ujian ini. DIA tahu kemampuan aku walaupun aku sendiri tidak tahu. Dan hakikatnya, aku telah meredahinya dengan jaya. Alhamdulillah."

Maha Suci Allah Yang Maha Besar, Maha Mengetahui Dan Maha Esa.

Terima kasih atas kasih sayang ini.

No comments:

Post a Comment