Saturday 13 May 2017

Diagnos Hypotyroid

Diagnos Hypotyroid

Apa itu hypotyroid? Kekurangan hormon tiroid. Itu je yang saya faham.
Belom habis saya mengkaji tentang penyakit ini. Semakin saya mengkaji, semakin hati ini gundah gelana.

Sikembar selama ini sihat walafiat walaupun lahir tak matang. Mereka sihat, gebu dan aktif. Cuma sejak menjejak kaki ke alam persekolahan dan sering dibuli, mereka sering sakit.

Awalnya kami ingat mereka takut untuk ke sekolah. Seminggu tak perlu penuh ke sekolah. Kami sebagai ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Mereka sering dimarahi kerana pelbagai alasan sakit.

Khilaf kami atau khilaf pihak perubatan? Kami mendapatkan rawatan anak kami ke klinik dan hospital setiap kali sakit. Keputusan doktor ianya tak serius, demam biasa ataupun tonsil bengkak dan berlaku sedikit jangkitan. 

Ubat diberikan, habis dimakan tetapi sakit tidak juga kurang. Perubatan Islam juga kami dapatkan, hasilnya anak masih tak juga sihat sepenuhnya.

Ya Allah, hati ibu mana yang tak rabak melihat anak menahan dan merintih sakit. Adakah lakonan anak-anak tak ke sekolah?
Itulah yang cuma doktor cakapkan pada kami, berkemungkinan dia takut nak ke sekolah. 

Dalam ertikata lain psiko.
Percaya kata yang arif tentang kesihatan, kami sering mendesak anak ke sekolah.

Sehingga satu ketika kami mengunjung Klinik Wan Julia. Doktor diagnos anak saya mungkin mengidap hypotiroid. Berdasarkan kajian beliau dalam perubatan dan pemerhatiannya terhadap fizikal dan sakit anak.

Pulang dari klinik, saya mengkaji serba sedikit tentang penyakit itu. Ya Allah, semua simptom itu ada pada anak. Dan selama ini sakitnya, adalah simptom penyakit itu.

Ya Allah berdosanya saya pada anak. Ya Allah, ampuni hamba yang lalai. Ya Allah, berikan anak ini penawar yang serasi dan sembuhkanlah kembar saya ini.

Besok kami akan memulakan rawatan pertama di sana. Ujian darah akan dibuat. Dek kerana kewangan tak mengizinkan, kami buat seorang demi seorang. 
Alhamdulillah, mujur abang dan adik saya bantu.

Doakan segala ikhtiar saya diberkati Allah. Rezeki saya juga dilimpahi Allah tanpa putusnya.
Aamin Ya Rabbal Alamin.


Maziana Zainal

No comments:

Post a Comment