Monday, 18 January 2021
Bonda Warded Lagi
Friday, 1 January 2021
Salam 2021
Besday ayah, kita masak nasi goreng ikan masin jer.
Sebab mak berpantang, so kita goreng telur hancur asing.
Sibongsu dah standby mainkan lagu untuk bagi ibu feeling feeling syok masak ditemani bunyi hujan yang memecah bumbung awning.
Banyak banyak lagu, terkeluar lagu "Wujudku BayanganMU". Lagu yang Kak Roslina Hussian mainkan diawal kelas advance dulu.
Tenang je sambil nyanyi. Yea saat diuji, dengarlah lagu ni. Hayati liriknya.
Kadang kita alfa tentangNYA, tentang kita disaat ini.
Moga setiap proses ini, kita lalui dengan tabah. Minda kita mengawal emosi kita.
Mandi garam selalu lah tatkala tak keruan minda dan emosi.
Thursday, 3 December 2020
Disember 2020
Assalamualaikum
Disember 2020, bulan akhir disetiap penutup tahun tahun. Bezanya tahun ini, kita diuji. Ops 1 dunia diuji dengan pandemik Covid 19.
Menakutkan, menyeramkan, menyeksakan, meresahkan dan pelbagai lagi. Ada yang tekanan perasaan melampau.
Allahuakbar. Sesungguh setiap sesuatu yang berlaku adalah dalam pengetahuanMU Ya Rabb.
Pembelajaran anak anak tergendala. Banyak peperiksaan juga tertunda ke tahun hadapan. Tak tau nak suka atau berduka.
Sepanjang hayat yang kubawa ini, inilah kali pertama berlaku. Aku tempuhi demi amanah amanah yang KAU berikan ini. Sendirian. Tanpa suamiku. Ya Allah, KAU Maha Tahu SegalaNYA.
Awalnya ku rasakan lemah kerana tiada lagi sandaran untuk aku paut tatkala resah gelisah. Aku alfa sejenak. Tempat yang wajib aku sandarkan adalah padaMU Ya ALLAH, Ya Tuhanku.
Aku mengali dan terus mengali. Mencari pengertian disetiap sudut.
Aku disedarkan dengan sebuah lagu, Wujudku BayanganMU. Sesungguh hidupku ini telah KAU susun dari azali. Aku pemain watak dalam ceritaku yag telah KAU ciptakan dalam ceritaMU.
Bermuhasabahlah. Itu yang terbaik dalam meniti perjalanan ini sehingga kau dijemput Illahi. Peganglah bahawa setiap apa yang berlaku, DIA Maha Tahu. Bermunajatlah.
Sesungguhnya aku juga khilaf dalam perjalanan ini. Mujur Allah sedarkan aku. Menjentik hatiku tatkala aku terlanjur berdosa. Aku Pendosa.
Istighfar sebaik baik amalan tatkala kita sedar dari kesilapan. Amalan zikir ini sangat bagus. Berapa banyak tak penting tetapi kualitinya yang kita mahukan.
Tuesday, 27 October 2020
Bila Si kembar Jatuh Sakit
Alkisah si kembar akak, keduanya diuji kesakitan. Of course lah akak wehh, dorang kan kembar. Actually kembar akak bukan macam tu since tinggal dengan arwah ayah mereka masa umur mereka 7 bulan.
Masa ni Allah je tahu betapa perasaan seorang ibu diuji. Yang bongsu dirumah sedang merindu. Mak ayah pula tak sihat. Allahuakbar.
Wednesday, 14 October 2020
Tuesday, 13 October 2020
Sabar
Ada orang yang melimpah ruah pula rezekinya sekarang, alhamdulillah.
Apapun yang berlaku kawan-kawan, sentiasa ingat bahawa antara rezeki yang paling besar ialah sabar.
Orang yang sempit rezekinya, perlu bersabar dengan kesempitan itu.
Itu cara Allah nak upgrade rezeki kita sebenarnya. Bila kita lalui dengan sabar dan redha, kita akan dapat rezeki yang lebih besar lepas ini, percayalah.
Bagi orang yang melimpah ruah rezekinya pun perlu sabar.
Sabar supaya tidak menunjuk-nunjuk rezeki yang Allah kurniakan.
Sabar supaya tidak jadi sombong dengan kurniaan Tuhan.
Dan sabar untuk terus bersedekah dan mengeluarkan zakat walaupun mungkin tidak dilihat atau dihargai oleh orang yang menerima bantuan.
Sungguh, antara rezeki paling besar yang Allah kurniakan ialah SABAR.
Bersabarlah wahai Pejuang Rezeki sekelian. Pasti ada hikmah atas semua yang berlaku!
Ps: Penulis asal tulisan ini ialah Tuan Zuhairi Nopiah. Beliau merupakan penulis buku digital 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti!
Boleh dapatkan buku beliau di link di bawah. Banyak tips-tips rezeki yang mudah dan praktikal dalam tu. Saya dah baca!
https://attract.onpay.my/order/form/rm01tp/MazianaZainal
https://attract.onpay.my/order/form/rm01tp/MazianaZainal
Selamat membaca kawan-kawan!😊👍




