Monday, 18 January 2021

Bonda Warded Lagi

Sudah 5 minggu bonda kurang sihat. Sejak kejadian keracunan makanan. Dikejarkan ke hospital UIA dan ditahan wad selama 4 hari.

Dalam wad bonda okey jer tetapi sampai ke rumah, penyakit anginnya datang semula.
Ambil 2 hingga 3 jam kami mengurutnya.

Dalam tempoh PKP ni, bonda sering dikejarkan ke hospital sebab sesak nafas dan rasa kebas.

Sesuatu yang saya selami dan sulami tentang perjalanan ini adalah ujian yang lalu adalah LATIHAN untuk saya tempuh di masa mendatang.

Diuji menjaga arwah mertua strok, mengajar saya erti sabar, cara mengendali pesakit strok a.k.a pesakit terlantar. Latih menguruskan penukaran dan pembersihan najis pesakit. Serta cara untuk memakaikan pampers.

Semua itu tidak saya pelajari secara formal. Ia dari latihan demi latihan. Setiap hari memikirkan cara yang mudah dan senang. Yealah, kita handle sendiri.

Lepas itu jaga arwah suami. Diuji tahap kesabaran yang kuat kerana rata rata pesakit kronik mempunyai masalah kawalan emosi. Perkara yang melibatkan emosi ni kaan, cukup sukar. Jiw sendiri terkorban hihihi. Tapi akak pengamal produk Aura, so kuranglah tamparannya tu.
Sebab tu, korang kena amalkan produk Aura. Ia tenaga dalaman kita.

So now, keduanya telah kembali pada Penciptanya. Al Fatihah buat arwah suami saya Zalikin Idrus dan ayah mertua saya, Idrus Hussien.

Kini berbekalkan pengalaman lama, saya praktiskan dalam menempuh ujian seterusnya, yakni menjaga kedua orang tua saya.
Tiada rasa kekok dalam melaksanakannya.
Bezanya, dulu saya ada arwah suami untuk menasihati tetapi kini saya kena hati hati berbicara tentang hati.
Takpe, Allah kaan ada. Lebih nikmat berbicara denganNYA.
Dari DIA segala ujian ini datang dan kepada DIA kita serahkan kembali segala urusan.

Lalui segala prosesnya dan percaya kepada proses itu.

Waktu saya menulis ni, mak dah discaj. Pihak hospital tak nak benarkan waris menunggu dan tak nak mereka tinggal lama diwad. Ini disebabkan oleh penambahan pesakit covid.

Moga kita semua dilindungi Allah. Aamiin Ya Allah Ya Mujib.


MAZIANA ZAINAL
Hamba yang mengharapkan SyurgaMU

No comments:

Post a Comment