Thursday 7 December 2017

Pantang Berkhatan

Tahniah Anak-Anak
Teks : Maziana Zainal

Horrey! Gembira hati ibu ayah bila anak-anak berjaya dikhatankan. Perkara wajib dalam hukum agama Islam.

Pepagi ibu dan ayah dah keluar beli sarapan dan ikan mentah untuk lauk berpantang. Ayah yang pilih sebab ibu duduk dalam kereta, mengantuk sangat.

Dah sampai rumah, " Alamak bu, kenapalah abang lupa nak beli ikan untuk kita. Kita tak perlu berpantang kan?" Hahahaha, gelak dek ibu.

Menu hari ini, ikan goreng selar kuning sahaja bersama nasi putih. 
Opah cakap makan roti canai takpe bukan makan telur sebiji begitu, ia dah bercampur bahan lain. Lagipun mereka bukan bersalin macam kita, luka dalaman.

Kadangkala datang kebuntuan dalam menyediakan menu. Aduh! Menu apa lagi. 
Besok? Lusa? Sampai bila anak-anak kena berpantang?

Korang pun macam Kak Maz ke? Pening kan?

Merengek lagi hari ni. Ibu sakit. Ibu pedih. Ibu pujuklah macam-macam, tak jalan pun. Bila ayah yang bersuara, memasing seolah faham. Emm, naluri sama ni.

Malam ni mereka masih dibenarkan layan tv sampai pagi. Dan pastinya besok pagi korang pengsan sampai 11 pagi.

Sunyi je rumah takde gaduh, jerit, ketawa seperti biasa. Ibu yang biasa garang, sudah hilang taring walaupun badan masih lagi lemah. Kerana faham emosi sewaktu sakit. Ibu tak nak kamu sakit dan teremosi dek kerana kemarahan ibu ayah.

Ayah melayan diri sendiri. Ibu tahu sikap ayah yang resah tapi tak ditunjuk. Malah mampu memujuk emosi ibu agar tidak risau berlebihan. " Semuanya ok sayang, jangan bimbang." Itulah juga kalimah keramat ayah gunakan semasa ibu melahirkan kembar dulu. Sedang waktu ibu kembar pertama di NICU, bercucuk sana sini sampai berdarah. Biar dia je tahu. Biar dia je yang menangis, asalkan ibu sihat segera. Waktu itu, ibu tak mampu ziarah dan menyusu kamu lagi. Dekat ibu adik kembarmu.

Ops, tersentuh emosi lama. Tapi itulah sikap AYAH. Dia hanya akan bagi klue sahaja jika ia nampak teruk.

Saat Kak Maz menulis entri ni dah masuk hari ke 5, anak-anak masih berbaring dan tak berjalan sangat. Pedih dan ngilu. Nak pula bila nampak terjojol benang jahitan yang disangkanya jarum.

Kenapalah jiwa pejuang ayah dan ibu tiada pada kamu duhai anak-anak. Kuatkanlah semangat nak melawan sakit.

Ayah dah bising suruh berjalan keluar rumah, ambil vitamin matahari. Tetapi mereka mengelat juga.

Hari ke 3, ibu dah mula buat cucian menggunakan air suam dan minyak berubat Nona Roguy. Amalan ibu semasa bersalin dulu, luka memang cepat sembuh. Alhamdulillah.

Bila dah bersih, baru selesa dan tak gatal. Yang kelakar, awalnya anak-anak menolak takut minyak tu menyebabkan lagi pedih. Bila dah buat, mereka minta lagi disapu bila luka mulai nak pulih. Bila gatal, maknanya nak pulih sebab kulit mula mengering dan mengecut.

Kalau gatal disebabkan jangkitan, ia berbeza.

Hari ni ibu balut manja-manja sikit kat situ guna gauze dan minyak mustajab, agar jahitan pulih dengan cepat. 

Petang nanti, ayah balik dari dialisis kita exercise sikit yea. Bila banyak bergerak, urat - urat aktif semula. Maka, kadar penyembuhan lagi super duper. Jangan lompat bintang pula yea.

Selamat Habiskan Berpantang.

No comments:

Post a Comment