Wednesday, 7 February 2024

Nak Makan Sedap Tapi Taknak Gula 🤔

Nak jaga gula, tapi masih nak makan sedap-sedap?

Now, you can enjoy it in a healthier way!

Macam mana?

Gunalah Xeero bagi mengganti gula putih. Bukan je boleh beri rasa manis tanpa kalori, Xeero ni juga satu-satunya pemanis alternatif berasaskan stevia yang mempunyai kromium pikolinat & Vitamin B7.

 

Apa kebaikan Kromium Pikolinat & Vitamin B7 ini.
✅ Kawal paras gula dalam darah
✅ Tingkatkan sensitiviti insulin
✅ Bantu bakar lemak

Barulah tenang rasa hati ni bila dah ganti gula dengan Xeero 😌 Setiap rumah mesti kena ada Xeero ni. Jom dapatkan sekarang di www.wasap.my/60163961956/Xerro

#EskayvieXeero
#EskayvieMalaysia

Gula Sihat?

Gula sememangnya manis, tapi kalau kita tak kawal pengambilannya, ia boleh menjadi pahit bagi kehidupan dan kesihatan kita. Takut kan? 😱

Kenapa perlu cuba Xeero?🤔
📌Pilihan lebih sihat untuk “cut-off” sugar
📌Dapat mengurangkan kalori harian
📌Rasa sedap daripada sumber semulajadi
📌Boleh kawal paras gula darah
📌Sesuai membantu turunkan berat badan

Jom sama-sama kita cuba dan amalkan. Dapatkan Xeero sekarang di www.wasap.my/60163961956/Xerrwww.wasap.my/60163961956/Xerroo

#EskayvieXeero
#EskayvieMalaysia

Stresslah Asyik Air Tawar Jer

Teringin nak minum manis tapi takut naik GULA dalam darah?😱

Jangan risau Mak Ayah tidak perlu asyik minum air tawar lagi

Bagaimana?🤔

Gunalah Xeero sebagai pemanis semulajadi dalam minuman anda. Xeero
diperbuat daripada ekstrak stevia yang memberi rasa 300x lebih manis daripada GULA PUTIH, tanpa kalori dan kaya dengan kromium pikolinat dan vitamin B7.✅

Kajian juga dah buktikan bahawa penggunaan stevia tidak menaikkan gula dalam darah kerana ianya tidak mempunyai GULA!

Dengan adanya Xeero, tidak perlu takut lagi untuk teringin minum manis lepasni.😌

Jom cuba xeero! Boleh dapatkan Xeero klik di sini 👉 www.wasap.my/60163961956/Xerro

#EskayvieXeero
#EskayvieMalaysia

Penting Ke Kromium Untuk Kita?

Anda kerap letih? Bacaan gula selalu tinggi?🤔

Anda berkemungkinan kekurangan kromium❗

Apa manfaat kromium kepada kesihatan?

Kromium adalah mineral penting yang sering ditemui  di dalam bijirin, sayur-sayuran dan kekacang. Antara kebaikannya:

📍Meningkatkan kepekaan insulin dalam badan
📍Membantu menurunkan kolesterol
📍Membantu mengawal gula darah
📍Melancarkan aliran darah

Tunggu apa lagi? Lengkapkan keperluan tubuh, dapatkan kromium ini dengan mengambil Xeero❗


Tapi bukan itu je kelebihan Xeero. Menariknya, Xeero satu-satunya pemanis alternatif dengan formula yang diperkaya dengan stevia, biotin dan kromium.

Jom dapatkan Xeero sekarang di www.wasap.my/60163961956/Xerro

#EskayvieXeero
#EskayvieMalaysia

Thursday, 25 January 2024

Usah Pernah Takut Mencuba


Hai hai hai.
Masih ingat lagi bisnes akak yang bermula setahun lalu? Iya, bisnes meroti. Akak juga buka kelas meroti juga tau. Alhamdulillah, setakat ni ada dalam 5-6 orang. Ada berkumpulan dan ada yang personal coaching.

Ada antara pelajar akak yang meroti untuk family, kawan kawan dan berniaga. Happy mereka sebab hasil roti mereka dipuji family, kawan kawan dan customer.

Hari semalam dan hari ni akak berusaha untuk hasilkan roti legen atas permintaan customer. Roti zaman 70an tu. Patut le akak tak pernah jumpa. Waktu tu akak baru dilahirkan. Masih menetek kata orang tua tua. Hahaha.

Akak buat kajian sedikit, buat carian dan bertanya kekanda akak. Rupanya feberet kakak juga. Di tempat dia ada sebuah kedai yang menjual. So dia lah yang bagi gambaran tentang rupa roti tu.

Percubaan pertama, bentuknya kecil. Percubaan kedua, sebesar loyang akak. 
Puas tau nak fikir timbangan bagaimana, rupa macam mana nak buat.

Walaupun percubaan kedua ni hampir sama dengan yang lejen, akak masih tidak puashati sebab roti naik dan bakar tak sekata bentuknya. Aduh! macam mana ni???
Kena praktis lagi, buat carian lagi dan lagi.

Bila baca komen dari customer, syukur sangat rasa hati. Rupa tak penting, yang penting rasa roti itu.
Akak buat 2 loyang, 1 untuk customer dan 1 untuk family. Suka tengok mak, ayah dan anak anak makan dengan rancaknya hihihi. 

Yang kelakarnya, akak sendiri belum pernah rasa. Anak siap cakap, "ibu, tak cukup. roti sedap."

Alhamdulillah. 



Percubaan Pertama


Percubaan Kedua


Lembut dan sedap.


Testimoni dari customer.

 

Tahun Baru 2024

 Assalamualaikum semua. Apakhabar korang semua?

Dah renew azam baru ke? Setiap tahun pasti ada impian dan harapan yang kita nak capai, betul tak?
Tak salah pun dan tak berdosa pun kalau tak capai. Atleast, kita pernah berharap dan berimpian.

Usah kecewa. Kerana apa? Kerana kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya mana yang terbaik. Maybe impian itu tidak sesuai dengan keadaan kita ketika itu.
Usah peduli suara suara yang suka menghukum kita. Mereka tidak berada di tempat kita berada.

Allah Yang Maha Tahu segalanya. DIA tahu apa yang kita perlukan dan bukan yang kita mahukan. Macam kita belajar ekonomi, kehendak dan keperluan.
Allah tahu apa yang kita perlukan ketika itu. Dan Allah berikan bonus, dengan memberikan apa yang kita berkehendak.

Jangan pernah putus asa ketika jatuh dan diuji. bangkit dan terus bangkit.
Bersyukur kerana Allah menguji kita. Kata orang alim, itu tanda kasih sayang Allah. DIA sentiasa ada bersama kita, memerhati kita, menjaga kita supaya tidak terbabas landasan.

Puncuk pangkalnya, sentiasa bersyukur dan berlapang dada. Barulah kita redha dengan segalanya. Pasrah pada tempat dan waktunya yang tepat. Kita wajib berdoa selalu serta menjaga amal ibadah kita.

Lastly bertawakal sepenuhnya kepada Allah yang Satu.
Waallahualam.


                                    


Tuesday, 24 October 2023

Pengorbanan Seorang Ibu

Hari ke 2 akak menunggu anak kembar akak percubaan SPM. Fokus kepada Angah. Dia mengalami sakit kaki dah masuk 4 bulan lebih asbab terpelecot di tangga sewaktu bersiap nak ke sekolah.

Rawatan dah dibuat. Fisio juga telah dilakukan. Tetapi kesembuhan belum ada. Sian Angah.
Bila terlalu bergerak, pressure kesakitan akan menyerang kepala. Allahuakbar.
Telan panadol pun tak jalan. Tak sanggup mata dan hati seorang ibu melihatnya.

Syukur Alhamdulillah, pihak sekolah banyak beri kerjasama. Termasuklah keizinan akak berada di sekolah memantau anak.
Bukan apa, bimbang bila pressure kuat. Bila ia berlaku, biasanya tekanan darah dia jadi tinggi melepasi borderline.
Malam tadi 138/105, mujur 5 minit selepas tu ia turun walaupun tak banyak.

Besar sungguh ujian mereka Ya Allah. Dulu saat nak exam UPSR, ayahnya meninggal. PMR pula dimansuhkan dan ketika itu kes COVID masih tinggi.

Sebagai ibu, akak yang menjaga mereka bertiga. Akak pasrah dan redha dengan ujian ini. Akak tak mampu berharap result yang tinggi, akak berharap mereka sembuh dan sihat.

Dah buat medical check up?
Opkos dah. Amanat arwah suami, bila sakit kena ke klinik or hospital dulu. Bila medical kata clear, makanya alternatiflah kita ikhtiar.
Anak anak ni sampai peringkat MRI, penyakitnya mostly tak seserius kesakitan mereka.

Bila ikhtiar altenatif, ia "something". Dah berhabis duit peninggalan suami akak guna untuk rawat mereka, mak dan rumah. Ia saling berkaitan. Baru okey part ni, datang pula part lain.

Yea benar, segalanya dengan Izin Allah berlaku. Akak tak nafikan. Jika tak kuat hadapi ujian ni, maka jatuh tersungkur tanpa bangkit kembali. Melayan arus permasalahan.
Syukur Alhamdulillah, Allah masih membimbing akak untuk bangkit dan terus bangkit. Dan itu harapan akak pada anak anak ini, bangkitlah duhai permata hati ibu ayah. Bangkit dan terus berjuang.

Tewas dimata orang, biarlah. Allah Maha Tahu perjalanan dan perjuangan korang.
Mereka mencerca, mengata....biarkan Allah menghakiminya. Kerana ujian itu zahirnya terjadi pada kalian tapi hakikatnya Allah juga menguji mereka. Sedar dengan tidak sedar sahaja.

Ya Allah Ya Alim, Allah Yang Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Kurniakan kami jalan yang terbaik untuk kehidupan kami dihari hari dan waktu mendatang. Jangan ENGKAU mempersulitkan dengan sesuatu yang merugikan dan menyesatkan kami dari jalanMU serta rahmatMU.

Aamiin Ya Allah Ya Rabb.


Nukilan Seorang Ibu
Kak Noorma