Assalamualaikum semua. Apakhabar korang semua?
Dah renew azam baru ke? Setiap tahun pasti ada impian dan harapan yang kita nak capai, betul tak?
Tak salah pun dan tak berdosa pun kalau tak capai. Atleast, kita pernah berharap dan berimpian.
Usah kecewa. Kerana apa? Kerana kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya mana yang terbaik. Maybe impian itu tidak sesuai dengan keadaan kita ketika itu.
Usah peduli suara suara yang suka menghukum kita. Mereka tidak berada di tempat kita berada.
Allah Yang Maha Tahu segalanya. DIA tahu apa yang kita perlukan dan bukan yang kita mahukan. Macam kita belajar ekonomi, kehendak dan keperluan.
Allah tahu apa yang kita perlukan ketika itu. Dan Allah berikan bonus, dengan memberikan apa yang kita berkehendak.
Jangan pernah putus asa ketika jatuh dan diuji. bangkit dan terus bangkit.
Bersyukur kerana Allah menguji kita. Kata orang alim, itu tanda kasih sayang Allah. DIA sentiasa ada bersama kita, memerhati kita, menjaga kita supaya tidak terbabas landasan.
Puncuk pangkalnya, sentiasa bersyukur dan berlapang dada. Barulah kita redha dengan segalanya. Pasrah pada tempat dan waktunya yang tepat. Kita wajib berdoa selalu serta menjaga amal ibadah kita.
Lastly bertawakal sepenuhnya kepada Allah yang Satu.
Waallahualam.
No comments:
Post a Comment