Buka jer buku planner, dah nampak sumber inspirasi akak depan mata. Renung seketika. Aduh. Ada rasa mendalam dalam hati akak.
Rasa cinta.
Rasa sayang.
Rasa rindu yang sangat dalam. Rindu segalanya tentang dia. Dia kini bukan milik akak dan anak anak tetapi milik DIA, Allah yang Satu.
Perjuangan akak juga, atas perjuangan arwah juga. Akak menyambung kerjaya dia dalam membesarkan anak anak. Amanah yang ditinggalkan untuk akak laksanakan sehingga dipanggil pulang kepada Yang Maha Esa.
Dia kekuatan akak dulu dan selamanya, insyaa Allah. Mengenang pergorbanannya menjalani dialisis, menahan kesakitan cucuk jarum selang sehari terpancar diwajahnya masih bermain dalam ingatan akak.
Kalau dia sanggup berkorban walaupun saat sakit, apatah lagi akak. Cuma bezanya, dia ada akak waktu itu tetapi saat ni, akak sendirian tanpa tangan yang memeluk waktu memerlukan kekuatan jiwa dan emosi.
Akak tak salahkan takdir pun kerana akak percaya takdir Allah itu adil. Adil untuk arwah berehat dari kesakitannya. Arwah dah menjaga arwah ayahnya waktu dia masih sihat dan mahupun tengah sakit.
Akak sentiasa berdoa agar asbab kebaikan arwah ini akan berjangkit kepada anak anaknya dalam berbakti kepada orang tua dan orang sekelilingnya.
5 tahun arwah pergi meninggalkan kami, tetapi sayang dan rindu kami tak pernah meninggalkannya. Sentiasa ada, sentiasa mekar. Alhamdulillah.
Al Fatihah buat arwah Zalikin Idrus. Insan yang Allah sayang, maka DIA mengambilnya awal dari kami.
Okey korang. Jom kita mula bekerja. Moga Allah melimpahi rezeki seluas langit dan bumi, sentiasa mengalir tanpa hentinya seperti air zam zam. Rezeki yang sentiasa baraqah. Aamiin Ya Rabbal Alamiin Ya Allah Ya Mujib.
Kak Noorma
Usahawan Online💜
No comments:
Post a Comment