Hai, assalamualaikum
Lama akak tak berkarya di sini. Maaflah. Keletihan. Kelesuan. Tak cukup tidur. Tak cukup rehat.
2 bulan bonda diuji Allah jatuh sakit. Bekejar kejar ke hospital tak tentu masa. Pernah 2, 3 dan 4 pagi terpaksa telefon ambulans.
2 kali di zon merah. Allahu, saat ni Allah sahaja yang tahu. Pelbagai rasa. Pelbagai memori mencengkan jiwa akak.
Korang sedia maklum kan, akak pernah kehilangan orang terakhir 2 kali depan mata dan dalam jagaan akak.
Ikhtiar hospital dan ikhtiar alternatif akak lakukan demi kasihnya seorang anak kepada bondanya.
Mujurlah adik bongsu ada balik bercuti dan terus disini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Manakala abang no 3 juga tinggal di daerah yang sama.
Ada beberapa kali bonda terpaksa ditahan diwad. Ada sekali bonda terpaksa ditinggalkan diwad jantung sendirian tanpa teman. Risaunya kami tiada kepalang, ia pengalaman pertama bonda. Paling risau bila call atau video call, bonda tak angkat.
Terpaksalah menggunakan khidmat anak buah kami, cucu bonda untuk melihatnya. Kebetulan anak buah baru menyambung pengajian untuk jadi Pakar Sakit Puan.
3 malam bonda tanpa teman. Malam pertama bervideo call, kami menyaksikan tangisan bonda dan esakkannya. Katanya, "kalau naik angin, siapa boleh sapukan minyak dan urut". Allahu. Kami juga tak terbentung dek airmata.
Ayah dirumah, juga tak keruan.
Lepas discaj, tak sampai sejam dirumah bonda kembali sakit kembali. Seolah ada yang tak kena dirumah ini.
Akak hubungi ayahchik menyatakan apa yang berlaku.
Ikhtiar demi ikhtiar kami lakukan demi melihat bonda kembali sihat.
Dalam seseminggu ni, bonda nampak segar. Alhamdulillah. Cuma ada juga sakit dan ianya tak seteruk sebelumnya.
Pelbagai pengalaman Allah nak didik akak.
Tahap sabar.
Tahap redha.
Tahap kawalan minda dan hati.
Bisnes terpaksa akak perlahankan. Kerana akak tahu, akak sedang diuji Allah samada masih ingin memikirkan bisnes atau bonda.
Kata hati akak, kau perlu jaga amanah Allah ni dulu. Manakala rezeki kau, biarlah Allah yang uruskan.
Bak kata En Khairul, kita usah mengawal sesuatu yang kau tak mampu kawal. Kawallah apa yang mampu kau kawal.
Alhamdulillah. Rezeki itu Allah yang pegang dan DIA yang atur. Rezeki sentiasa ada walaupun tak banyak.
Usah ragui apa yang berlaku. Kerana semua ini dalam pengetahuannya Allah swt.
No comments:
Post a Comment