Sunday, 21 February 2021

Salam Tahajjud

 


Assalamualaikum
Salam tahajjud buat semua yang diizin Allah menemui cintaNYA. Tak semua orang terpilih berbicara cinta denganNYA.

Even akak juga sama. Kadang terjaga tetapi tidak terpanggil. Allahu. Kami orang bisnes memang digalakkan beribdah sunat lebih. Bak kata guru, dulukan akhirat dunia pasti mengejarmu.

Alang alang masih segar, jom amalkan selawat ni. Akak menghafalnya dengan lagu. Rupanya ia juga ada dalam perawatan Islam. Subhanallah, cantikknya aturan Allah.

Dulu akak hafal untuk kelas bisnes, now akak apply untuk rawatan bonda.
Masa arwah dulu di CCU, akak sering selawatkan di telinganya. Nampak tenang je dia sampai tertido. Ya Allah rindunya pada arwah.

Bukan akak je, anak anak pun sama terutama yang bongsu. Pantang tersentuh hatinya, pasti akan mengundang airmata. Sejak PKP ni, kami dah lama tak ziarah pusara arwah. Balik rumah Ampang juga dah lama tak ke sana.

Walaubagaimanapun, perjalanan ini harus diteruskan. Anak anak akak positifkan mereka. Tetapi anak seusia 12 ke 15 tahun, apa yang mereka mengerti tentang kehidupan. Akak mampu cakap, "Along angah adik, korang insan terpilih. Allah pilih korang melalui ujian ini. Orang dewasa belom tentu akan sekuat kamu. Menangislah jika mahu menangis. Itu normal, kita hamba. Hamba sifatnya lemah."

Akak sebenarnya masih belom tidur dari tadi. Alang alang waktu sepertiga malam, akak buatlah solat tahajjud, tanda kita mensyukuri nikmat Allah. Solat taubat, kita adalah pendosa. Kadang kita tak sedar akan khilaf kita. Yang sedar tu, alhamdulillah. Maka zahirkan kesalahan dan mohon ampunan Allah. Solat hajat, mohonlah kepada yang berhak kita meminta.

Percaya Allah ada tapi tak merasai Allah disisi, tipu diri sendiri namanya. Sekadar dibibir manis berbicara menipu diri yang dizalimi sendiri.

Yakini Allah, pasti percaya Allah itu lebih mantop. Lebih merasai, terasa getarannya. Maka tiada istilah tak "move on". Tahap redha itu, redha yang sebenar benar redha. Lapang dada tanpa rasa yang tak best dijiwa. Korang akan rasa bebas. Emm faham ke?

Sukar?
Takde yang sukar, pasti ada jalannya. Allah telah ciptakan pelbagai benda disekeliling kita. Antara perasan atau tidak. Antara ego dan tak tahu or tak nak ambil tahu.
Try mandi garam bukit, tak kisahlah brand apa pun. Cuma jangan tanya akak, mana bagus. Kenapa?
Sebab akak hanya guna brand Aura Rezeki dan akak Stokis Pahang. Opkos, akak cakap brand akak bagus. Betul tak?

Okeylah, kang tak sempat korang tahajjud. Rugi jika dah bangun tapi tak berbicara denganNYA.
Assalamualaikum. Babai.





Maziana Zainal

No comments:

Post a Comment