27 March 2018
12.23am
Kau Pergi Jua....
Setelah berjuang nyawa selama 45 hari di Hospital Ampang, akhirnya kau dijemput Illahi. Sungguh tenang wajahmu, sayang. Dengan senyuman yang menggambarkan kau tenang disis yang Maha Esa.
Anak-anak juga redha setelah melihat wajahmu. Seolah tengah tenang tanpa kesakitan, tanpa tekanan dan tanpa keresahan.
"Ibu, ayah senyum. Ayah dah tak sakit. Macam orang tidur."
Menitis airmata ibu mendengar ayat-ayat dari 3 permataku.
Tiada raungan dari kami untuk sayang. Kami redha, sayang.
Detik Terakhir
Seminggu sebelum sayang pergi, berlaku 2 kali kecuaian dari pihak hospital. Sayang menjalani dialisis tetapi pihak dialisis tidak melakukan suction, sedangkan nurse dari wad dah declare sayang ada trachy.
Kejadian pertama.
Sayang dialisis dan tamat awal disebabkan tekanan darah drop. Nurse khabarkan bahawa mereka terpaksa suction sayang di wad, disebabkan sayang dah nak membiru. Alhamdulillah.
Tetapi selepas itu, sayang mudah on off demam dan tekanan darah juga naik turun sehinggalah hari Jumaat itu.
Jumaat tu sepatutnya sayang dialisis tetapi berlaku salah faham dari pihak wad dan dialisis. Tapi aku tak marah kerana aku tahu nurse dan doktor buat kerja mereka, mereka selalu update.
Dialisis tunda ke hari Sabtu. Hajat aku nak balik tengahari tu tetapi macam berat je hati ni. Rupanya Allah nak buktikan kepada aku apa yang berlaku sebelum ini.
Aku masuk HDW untuk melihat sayang. Mata sayang seolah olah ingin berkata sesuatu. Aku mendekati sayang. Ya Allah, penuh kahak dalam trachy mask.
" Encik, tak buat suction?"
"Oh, kami tak buat. Saya dah panggil doktor dan nurse dari wad."
Ya Allah, sayang dah hampir lemas. Kuku dah separuh biru.
"Encik, boleh saya suction. Alat suction mana?"
Dia diam dan cakap, saya dah panggil doktor dan nurse.
"Encik, boleh saya lakukan sesuatu?"
Dia menggangguk.
Aku pun ambil tisu di singki dan lap kahak yang ada di trachy mask sambil menepuk dada sayang supaya sayang batuk.
Oxymeter aku tak dapat membaca oksigen dalam badan.
Ya Allah.
Aku pandang sekeliling, aku nampak mesin suction. Elok tersimpan. Aku cakap padanya, " Encik, ni kan mesin suction."
Dia sekadar melihat aku tanpa reaksi dan hanya mengulangi ayat tadi sahaja. Mujur ada nurse dialisis datang membantu tetapi pelik, mereka seolah tak tahu guna mesin tu.
Aku pun berkata, " Nurse, kita cuba je nurse. Sian pesakit lemas nanti."
Alhamdulillah, at least nurse tadi mencuba pelbagai cara. Sedangkan encik tadi hanya mundar mandir, do nothing.
Takdir Allah, berjaya suction. Aku lihat wajah sayang macam lega. Bp sayang pun naik semula dan oxymeter aku boleh baca.
Tetiba encik tadi nak tutup langsir dan meminta aku keluar. Aku minta maaf, aku nak tengok sebab dari awal tadi aku disitu untuk menyelamatkan sayang bersama nurse.
Wah, encik panggil guard untuk minta aku keluar.
Aku nampak encik nak tutup dialisis, aku cakap kenapa dan minta teruskan. Pulse rate tinggi, yes of course tinggi sebab tadi dia lemas. Aku minta rehat sebentar dan teruskan. Aku disound " Puan siapa, doktor suruh kami stop."
Doktor HO yang dari tadi memegang handphone. Bila aku tanya kenapa jari suami biru, tanpa melihat keadaan suami dikatanya " Oh, sebab aircond puan."
Berbalik pada encik tadi.
Setelah guard datang, aku minta untuk seketika. Aku ingin melihat keadaan sayang stable. Tetiba ayat encik terkeluar " Puan jangan ingat saya tak buat apa apa."
Masya Allah, menyirap darahku. Memang dari tadi encik tak buat apa apa.
Dengan menoleh kepadanya, " Maaf encik, saya tak cakap encik tak buat apa apa". Sebutir sebutir perkataan aku lontarkan sebanyak 2 kali.
Nurse tadi tunduk sahaja.
Aku ulang sekali lagi sambil melihat nama empunya gelaran, Encik Izwan.
Aku keluar HDW dengan darah yang mendidih.
Detik itu sayang selalu demam. Kahak sayang berdarah. Allahuakbar. Ku khabarkan kepada nurse diwad, mereka juga turut tertanya tanya mengapa sedemikian rupa. Bila disebut nama encik itu, " Ooo, dia memang macam tu perangai kak. Celupar lagi."
Setiap kali HO atau MO datang, aku khabarkan dan aku persoalkan kembali. Trachy patiet, no suction standby.
Aku tak tahu kenapa Isnin tu, sayang dialisis walhal sayang masih demam dan bp masih tak cantik. Kali ni prosedur macam lancar dan pantas.
Nurse sedaya upaya mendapatkan staf nurse terbaik untuk sayang. Alhamdulillah.
Sementara menunggu tu, aku pergi ke pejabat tingkat 2. Khabarnya kisah aku dah diterbalikkan penceritaannya.
Pegawai dan sister terkedu mendengar ceritaku. Tujuanku hanya bertanya tugasan mereka terhad takat dialisis sahaja or overall. Tugas suction memang mereka kena buat bila wad dah declare.
Di HDW, nak masuk agak ketat macam ICU. Tetapi ICU dan CCU, guardnya bagus. HDW ni, guardnya semacam je.
Petang tu aku naik ke HDW, dialisis sepatutnya makan masa 4 hingga 6 jam. Aku naik 5 petang. Sayang dah naik wad.
Sampai di wad, aku lihat sayang tercunggap cunggap. Hati ini dah terasa sesuatu. Allahu.
Pandangan sayang dah tiada respon. Aku panggil nurse bertanyakan kenapa, "Kak, dari tadi pakcik macam tu. Saya dah suction, takde apa keluar."
Aku betulkan kedudukan sayang. Aku tarik langsir. Aku bacakan syahadah buat sayang. Ku alunkan bacaan Yassin dari handphone.
Aku belek kaki sayang, sejuk. Tumit sayang dah membiru. Aku menelefon kak long minta datang ke hospital bersama anak anak dan mak ayah. Hatiku dah berkata sesuatu.
Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah.
Yea aku redha tapi aku tetap takut kehilangannya.
Bila diizinkan oleh nurse untuk panggil waris waris dan sahabat handal, aku call semuanya.
Semua sayang pada sayang. Mereka tak putus putus bacakan yassin dan syahadahkan sayang. Sehinggalah detik 12 malam. Guard minta tunggu diluar.
Aku minta nurse cucikan sayang sebab sayang berak.
Sesudah dibersihkan dan tinggal nak tampal pamper dihadapan, nurse terlentangkan sayang.
Aku lihat kaki sayang rapat dan melurus perlahan lahan menjulur. SubhanAllah.
Allah. Allah. Allah. Nurse, pakcik dah takde ke?
" Pakcik." Tetiba nampak sayang menghembus nafas perlahan. Aku terus ke bahagian kepala sambil peluk sayang. Aku cium pipi dan dahi sayang. Aku rangkul tangan dan dada sayang sambil kalimahkan Allah, Allah berulangkali.
Sayang ikut. Kubisikkan ke telinga sayang. Sayang dah nak pergi ke? Ya Allah, dia anugerah terindah dariMU buatku. Jika KAU mengambilnya, ambillah dengan penuh kasih sayangMU. Dengan penuh kelembutanMU.
Aku cium sayang berulangkali dan kalimah Allah ditelinga sayang. Rupanya nurse tergamam sambil menyaksikan perbuatanku sehingga mereka lupa nak menampal pamper. Seiring pamper ditampal denga kalimah yang panjang Allaahhh, sayang lepaskan hembusan terakhir.
Aku cium sayang bertubi tubi sambil kupeluk sayang.
Kupandang kak long yang dari tadi terjenguk balik langsir, "dia dah takde".
Ku pandang nurse " Nurse, suami saya dah tak de".
Mereka seolah tergamam, " Eh, tunggu puan. Kami panggil doktor."
Doktor masuk, " Doktor, suami saya dah takde."
" Puan sabar yea, biar saya periksa."
Sementara doktor sahkan, semua waris dan sahabat masuk.
Doktor keluar dari langsir, aku pun meyapa "Kan doktor, suami saya dah takde."
" Maaf puan, takziah. Sabar yea puan."
Terkesima
Sayang insan terpilih. Sayang istimewa pada kami dan sahabat handai. Sayang baik.
Allah mengtakdirkan pemergian sayang cukup sempurna dan indah.
Cuaca cerah tetapi tak panas, terkadang hujan renyai. Dari Ampang sampai Temerloh.
Sepanjang perjalanan, kami terbau wangian wangi je.
Dan yang paling kami terkesima, jasad sayang lembut sehingga ke liang lahad.
SubhanAllah. Allahuakbar. Maha Suci Allah.
Terubat hati kami melihatnya. Redha. Pengebumian sayang tanpa airmata kami keran kami tahu sayang dah tenang di sana.
Sayang disolatkan kali kedua oleh sahabat baik sayang Johari. Dan ditalkinkan penuh syahdu olehnya juga.
3 hari ku kunjungi pusara sayang sebelum pulang ke Ampang untuk uruskan urusan terakhir sayang.
Doaku agar sayang sentiasa dirahmati Allah. Semoga aku dapat mendidik anak anak kita menjadi anak anak soleh dan berjaya dunia akhirat.
Semoga Allah mempermudahkan jalan jalan kami. Kami sayang, sayang. Tak pernah tidak merindui sayang. Tiada galang gantinya seistimewa sayang.
Tunggu kami yea.
Moga syurga milik kita semua.
Nukilan balumu,
Maziana Zainal
Ya Allah..besarnya dugaan...tak puas hati pula dengan si izwan tu..huuu
ReplyDeleteTakpe lah deq. Biar dimahkamah Allah dia diadili dengan seadilnya. Di mana mulut dan lidah kaku dan anggota yang menjawabnya.
Delete