Sunday 3 September 2017

Makanan Sejukbeku "Home-made"

Makanan Home-Made

Pantas, cepat, mudah dan sedap. Itulah pilihan kebanyakkan kita dalam memilih makanan sedia masak ataupun belum masak.

Alaf dunia mencabar. Segalanya ingin pantas dan cepat. Tak perlu renyah di dapur untuk menyediakan sajian keluarga.

Samaada untuk bekal atau minum dan makan dirumah. Mencari jalan mudah. Bukan pemalas tau.

Kekangan waktu yang sangat mencemburui kita, bukan senang dikawal. Terlambat, mungkin akan terkandas, akan ketinggalan. Itulah dunia sekarang.

Kak Maz baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes sejukbeku (frozen food). Ia tercetus dek kerana kerinduan akan masakan seorang mak.

Berbekalkan ilmu yang telah dicurahkan oleh mak seawal usia remaja, Kak Maz praktiskan dalam alam rumahtangga. Mempunyai anak-anak yang suka makan dan memilih makan, ia cabaran terhebat Kak Maz.

Alhamdulillah, terbitlah idea membuat makanan sejukbeku ini. Awalnya ia sekadar ingin membuat stok sendiri, senang nak makan setiap kali teringin. Kerana untuk membuatnya mengambil masa.

Bila dah ada yang sejukbeku sebegini, tinggal hanya keluarkan dari freezer dan terus goreng.
Biar betul, terus goreng? Tak perlu dinyahbeku dulu ke?
Untuk produk Kak Maz, tak perlu sejukbeku. Anda perlu panaskan minyak terlebih dahulu. Bila minyak dah panas, anda kecilkan api dan masukkan karipap/temosa frozen ni. Selepas tu, besarkan api. Masak sehingga kekuningan.
Dah siap!

Selain tu, Batik Choc Kak Maz pun yang sejukbeku tetapi tak perlulah digoreng tau. Hanya biarkan seketika dan makan.

Meh, Kak Maz perkenalkan produk-produk sejukbeku yang Kak Maz keluarkan:


Minggu lepas, Kak Maz target nak siapkan 50-100 bekas setiap jenis produk. Baru siap 20 bekas, dah kena sambar. Alhamdulillah.

Sekarang, Kak Maz kena tangguh lagi kerana anak kena jumpa pakar dan ditahan wad untuk rawatan susulan.

Sesungguhnya ujian itu ASBAB Allah nak berikan rezeki yang lagi hebat. In shaa Allah



Maziana Zainal
Bisnes Sejukbeku (Frozen Food)
0163961956

No comments:

Post a Comment