Thursday 14 September 2017

Harijadi

Ulangtahun Kelahiranku Adalah Untuk Ayahanda Bonda

Ingat lagi tak ayat Kak Maz
"Setiap ujian yang datang, ada bersamanya rezeki Allah."
Yakin, redha dan bersangka baik.

Bersedekah tatkala diuji, Allah datangkan penawarNYA.
Tak perlu jauh, dahulukan orang tua kita.

Hari ini 14 September 2017, usia Kak Maz mencecah 39 tahun.
Sejak Allah memberikan Kak Maz anugerah merasai saat mengandung, bersalin dan membesarkan anak, Kak Maz amat terkesan dengan pengorbanan menjadi mak.

Lebih tersentap bila tahu kisah kelahiran kita yang genting di hujung nyawa. Perjuangan perit ibu. Gundah gelana seorang ayah.
Saat kelahiran Kak Maz amat rumit, Kak Maz terbelit tali pusat. Bidan menyuruh mak ke hospital. Mak takut bila sebut hospital. Dipaksanya bidan usahakan juga asalkan bayinya selamat. Allahu. Allahuakbar.

Alhamdulillah kami berdua selamat.

Bila megenang saat kenakalan dan kedegilan Kak Maz sewaktu proses membesar. Tak sanggup rasanya nak mengingatinya.

Saat kini melihat keduanya menjelang senja. Kulit mulai melendut, mata mulai kabur, fizikal mulai sakit sakit, airmata kesal mula menitis sayu.

Walaupun tak mampu memberikan kemewahan, cukuplah kita menjadi hatinya. Adab kita berbicara dengannya. Penuhi apa yang mereka impikan. Ini yang Kak Maz tak mampu, tetapi mereka memahaminya. Kadang pemberian Kak Maz ditolaknya.

Setiap kali mereka tolak, Kak Maz merayu " Ambillah mak, ambillah ayah. Asbab ini in shaa Allah, Allah berikan saya rezeki lebih. Doakan saya. Kerana bilamana mak ayah tiada, tiada lagi doa tanpa hijab buat saya. Doa dan restulah saya, kerana restu makayah saya mendapat restu Allah."

Hadiah harijadi untuk Kak Maz paling berharga, bila dapat doa dari mak ayah.
Call mak ayah semata-mata mohon doa dari mereka.
"Ayah mak, saya nak mohon doa. Hari ni harijadi saya."
Menitis airmata mendengar doa dari seorang mak dan ayah.

Dan mereka yang sepatutnya menerima hadiah. 
"Mak, besok hadiah sampai tau."
"Aik, mak ayah yang dapat hadiah?" sambil ketawa.
"Sepatunya begitulah mak ayah."
"Engkau tu pun tak cukup duit."
"Takpe, mana tahu asbab ini Allah gandakan rezeki saya."
Mak gelak lagi sambil mengaminkan ayat Kak Maz.


Asbab 2 perkara ini. 
Redha dengan ujian.
Ikhlas dengan pemberian.
Rezeki masuk walaupun diduga handphone rosak. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

**tak percaya, buatlah tatkala anda sedang diuji Allah.😍😍

No comments:

Post a Comment