Wednesday 12 July 2017

Alkisah Rumah Terbuka

Alkisah Rumah Terbuka
puanmazianazainal@gmail.com

Kisahnya kekanda Kak Maz nak buat rumah terbuka buat teman-teman dan sanak saudara, jadi beliau tak mampu nak menyediakan semua juadah yang banyak dan menempah karipap, temosa dan rendang daging sebanyak 5 kilo.

Mampu ke Kak Maz buat seorang diri ni? Tertanya-tanya pada diri sendiri. Suami juga mempersoalkannya juga.

Kak Maz duduk bertenang seketika untuk berfikir dan menyusun strategik apa yang perlu dibuat dahulu. Bila strategi dah ada, Kak Maz mula menulis bahan-bahan yang perlu dibeli.

Masa membeli, Kak Maz bawa buku catatan tadi untuk menulis harga kos setiap barang. Ia bertujuan untuk kita membuat pengiraan kos bagi meletak harga untuk menjual. Tapi dalam kes ni, Kak Maz hanya ambil kos belian sahaja. Kakak sendiri, tak kan nak berkira.

Selesai membeli, maka bermulalah proses menyediakan karipap dahulu. Sesudah siap mengikut kuantiti order, kita buat tempahan kedua pula iaitu temosa.
Rendang daging, Kak Maz buat hari Sabtu. Rumah terbuka hari Ahad.

Tiba hari Ahad, kami bergerak awal ke Shah Alam. Wah! Orang dah mula ada, sepatutnya bermula pukul 3 petamg sampai 11.30 malam.
Kak Maz terus ke dapur untuk menolong menggoreng karipap dan temosa.

Hati ini berdebar-debar menunggu reaksi tetamu yang datng menjamu. Suami Kak Maz pun sama. Tak pernah terniat nak berjual atau mempromosikan produk. Inilah masa kita beramah mesra dengan tetamu.

Rupa-rupanya, bonda serta adinda dan kekanda Kak Maz buat pemasaran. Terkejut bila ada yang memanggil dan bertanya bagaimana untuk menempah. Ada yang nak masa tu juga. Mujur stok kekanda Kak Maz ada. Ingat seorang je mahu, tetapi seorang lagi pun mahu. Kesian kekanda, stok dia tinggal sedikit tetapi tak sanggup menolak permintaan mak sedara.

Bukan setakat masa rumah terbuka sahaja. Hingga hari ini, ada yang menghubungi untuk menempah. Alhamdulillah, sesungguhnya ia nikmat dari Allah SWT.

Semoga Kak Maz terus berjaya. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.
Semoga Allah melindungi Kak Maz dari penyakit ain dan qalbu manusia.


Maziana Zainal
Bisnes Sejukbeku (Frozen Food)

No comments:

Post a Comment