Tuesday, 27 October 2020

Bila Si kembar Jatuh Sakit

Assalamualaikum,
Alkisah si kembar akak, keduanya diuji kesakitan. Of course lah akak wehh, dorang kan kembar. Actually kembar akak bukan macam tu since tinggal dengan arwah ayah mereka masa umur mereka 7 bulan.

Arwah suggest pakaikan mereka baju berbeza. Sejak itu, mereka umpama 2 individu berbeza. Masa bawa jumpa doktor, doktor pun cakap "Puan, walaupun mereka kembar but mereka tetap 2 individu berbeza." Akak setuju. Korang setuju?

Along didiagnose acute migrain. Alhamdulillah MRI semuanya normal. Sakit masih on off sakitnya.
Manakala Angah pula, kelenjar dan tonsil bengkak. Disebabkan itu, berlakunya jangkitan kuman. Doktor try pelbagai antibiotik, nak cari yang serasi. Alhamdulillah.

Seminggu lebih akak berkampung di hospital. Dan paling akak bersyukur, mereka ada insurans. Hanya berbayar 85 ringgit (RM85) sahaja, mereka menikmati rawatan yang mencecah 7 ribu lebih. Wow! Awesome

Dulu memang takut nak mencarum. Pertama, bimbang agen yang tak jujur. Kedua, banyak janji palsu. Kata cover but lastly tak cover. Haa, masak ko deq.

Hospital ni hanya ada single bed sahaja, bayangkan huru hara akak bila 2 anak masuk wad. Awalnya satu tingkat 5 dan satu tingkat 6 mengikut doktor pakar yang merawat mereka. Tetapi atas inisiatif nurse, mereka ditempatkan sama tingkat tetapi sebelah menyebelah.
Bila malam, akak minta mereka disatukan dalam bilik. Mujur dalam bilik tu ada sofa panjang. So, akak tidur lantai laah. Akak lebih suka, lebih selesa. Bila tido sofa, walaupun lena tapi sakit badan bila bangun. Atas lantai, akak bangun awal dan badan best giler.


Masa ni Allah je tahu betapa perasaan seorang ibu diuji. Yang bongsu dirumah sedang merindu. Mak ayah pula tak sihat. Allahuakbar.

Disini, kekuatan itu datang bila kita banyakkan istigfar dan berserah segalanya dalam jagaNYA. Yea bukan senang. Tetapi tak bererti kita tak mencuba langsung kaan.

Syukur yang tak terhingga bila mana segala keredhaan dan tawakal kita, Allah angkat dan jawab. Ingat akak pernah cakap kaan. Dalam setiap ujian, ada asbabnya dan ada rezekinya.
Alhamdulillah. Rezeki juga masuk. Mujur anak bongsu ada dirumah dan adik angkat akak ada sebagai runner akak. Paling best, bila pelanggan dan team fahami keadaan kita. Anugerah terbaik dari Allah tu.

Balik rumah, juga satu nikmat satu rezeki juga. Dapat peluk si bongsu. Balik balik je, ada yang roger nak ambil stok malam tadi. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Percaya bahawa Allah Maha Dengar. Lambat atau cepat rezeki itu, hanya DIA yang tahu bila kita betul betul memerlukan.

Dan ujian ini juga, ada message yang ingin DIA sampaikan cuma kita manusia bila tak bisa merungkai yag tersirat. Moga akan tersurat jua.

Okeylah, akak nak sambung packing stok untuk pos besok dan rehat. Jumpa lagiiiii.
Insyaa Allah.


Maziana Zainal Abidin
Stokis Aura Rezeki
0163961956

Tuesday, 13 October 2020

Sabar



Ada di kalangan kita yang diuji rezekinya sekarang.
Ada orang yang melimpah ruah pula rezekinya sekarang, alhamdulillah.
Apapun yang berlaku kawan-kawan, sentiasa ingat bahawa antara rezeki yang paling besar ialah sabar.

Orang yang sempit rezekinya, perlu bersabar dengan kesempitan itu.
Itu cara Allah nak upgrade rezeki kita sebenarnya. Bila kita lalui dengan sabar dan redha, kita akan dapat rezeki yang lebih besar lepas ini, percayalah.

Bagi orang yang melimpah ruah rezekinya pun perlu sabar.
Sabar supaya tidak menunjuk-nunjuk rezeki yang Allah kurniakan. 
Sabar supaya tidak jadi sombong dengan kurniaan Tuhan.

Dan sabar untuk terus bersedekah dan mengeluarkan zakat walaupun mungkin tidak dilihat atau dihargai oleh orang yang menerima bantuan.

Sungguh, antara rezeki paling besar yang Allah kurniakan ialah SABAR.
Bersabarlah wahai Pejuang Rezeki sekelian. Pasti ada hikmah atas semua yang berlaku!

Ps: Penulis asal tulisan ini ialah Tuan Zuhairi Nopiah. Beliau merupakan penulis buku digital 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti!
Boleh dapatkan buku beliau di link di bawah. Banyak tips-tips rezeki yang mudah dan praktikal dalam tu. Saya dah baca!


Thursday, 1 October 2020

Losyen Ajaib



Maybe ramai dah tahu dan kenal Losyen Ajaib ni. Losyen moden alaf baru.
Boeh buat urut badan, buat skrub tang hidung bila resdung menyerang, buat pelega migrain dan sengugut.

Paling bagus, kalau luka. Tak kisah luka besar atau kecil.
Anak akak jatuh basikal masa mula mula belajar mengayuh basikal. Luka dilutut dia, Allahuakbar. Besar dan nampak bahagian dalam.

Nak dukung dia, subhanallah kuus semangat sihatnya badan. So, akak ambil losyen ni dan tepek tebal tebal sehingga tak nampak luka. Mula mula agak pedihlah but tak lama puun. Sebab dalam ni ada mint, sejuklah lepas tu.

Tak cuci ke kak? Mesti korang nak tanya tu kaan. Yea, akak tak cuci. Panik weh. Kalau mak mak ni, dia mesti tau rasa panik macam mana kan. Panik yang sampai rasa ngilu tang bersalin tu. Haa, faham kaan rasa dia. Hihihi.

Bagusnya losyen ni, dia mengeluarkan segala bisa yang ada. Dan darah sebab luka tu. Kadang boleh nampak darah dan air bisa tu meleleh keluar tapi tidaklah banyak.

Losyen ni akan menyerap dan mengering tau. Haa masa ni lah baru kita cuci. Mula tu takut juga pedih kaan. Tapi anak tak jerit. Seolah macam dah ada selaput nipis dah tutup luka. Tetapi don't worry insyaa Allah ia tak menjejaskan. Kerana dalam losyen ni ada minyak kayu putih.

Nenek moyang kita guna minyak ni untuk pulihkan luka dan bisa sengatan. Dan yang menyebabkan timbulnya selaput nipis tu adalah dari kesan aloe vera.

Ingat dah nak bawa ke klinik. Rasanya mesti kena jahit niii. Tetapi bila nampak okey. So, akak just tepekkan lagi dan lagi sehingga luka sembuh.
Resultnya, alhamdulillah. Tak sampai seminggu pun. 3 hari pun tak sampai.

Lepas kejadian tu, akak simpan sokmo losyen ni. Kena pisau atau cakar kucing, bapok pedih kaan. Tepekkan aje. Lepas setengah jam jer, luka dah okey. Dah tak pedih.

Bila gatal hidung sebab gatal pi makan sambal belacan, akak ambil losyen ni sapu dan sental macam skrub. Macam guna marvellous gel yang pemes zaman akak remaja dulu. Keluar weh segala kotor. Gatal hidung pun hilang.



Terbaru, dah ada ramuan bidara pula. Wow, bagus sangat ni. Zaman sekarang banyak sangat games gangguan kaan, elok lah yang ada unsur bidara ni. 
Akak tak sabar tunggu stok yang ni sampai. 

Kalau ada yang berhajat nak try dan rasanya apa akak rasa dan nak buktikan apa akak tulis ni, boleh klik klik wasap akak ni:


Maziana Zainal Abidin
Agen Rania MMG-Kuantan
0163961956



Tuesday, 29 September 2020

Sakit Itu Rezeki

Ada orang kata sakit bukan rezeki. Sakit tu musibah. Sakit tu ujian.
Ia pendapat yang menarik kan?

Dalam masa yang sama, bagi saya sakit itu juga rezeki. Dengan sakit kita belajar sabar, tawakkal dan redha direct dari Allah.

Dengan sabar, tawakkal dan redha ini juga mudah-mudahan kita lebih dekat dengan Allah dan SyurgaNya.

Bukankah itu rezeki yang jauh lebih mahal dari duit? Sebab Syurga adalah nikmat yang jauh lebih hebat dari duit?

Kawan-kawan yang baik,
Baiknya Allah, Dia pasti akan bagi rezeki bila kita menguruskannya dengan baik.
Uruskan persepsi kita terhadap rezeki. Lihatlah semuanya sebagai rezeki.
Kita mampu sebenarnya, bila kita ada 2 kualiti penting, iaitu Taqwa dan Tawakkal.

Perkara ini saya belajar banyak dari buku digital "55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti".
Bolehkah semua perkara termasuk kesedihan, perpisahan, kematian dan ujian jadi rezeki?

Jawapannya BOLEH, bila kita tahu caranya.

Pelajari caranya sekarang. Jom pakat klik, kita tambah ilmu bermanfaat dan sebarkanlah pada yang lain.
Kita tak tahu asbab dengan menyebarkan, kita dapat pahala. 







Maziana Zainal Abidin
0163961956

Kenapa Putus Asa

Perkongsian Dari Tuan Mohd Faizul Ikhwan Erusan

8 sebab kenapa kita mudah putus asa.


1. Tolong kongsi dengan rakan terutamanya kepada orang yang anda percayai.

2. Jaga diri - kita kadang-kadang terlampau kejar matlamat kita kurang jaga diri.

3. Minta khidmat nasihat pakar.

4. Jangan besarkan tanggapan kita.

5. Tolong senaraikan cabaran-cabaran yang akan anda hadapi bila anda ingin buat sesuatu.

6. Kita rasa ada limitation especially bila kita lihat orang lain.

7. Hati-hati dengan perasaan yang bukan fakta.

8. Buang kata-kata negatif.


Sila tonton video dari beliau, untuk lebih jelas. Klik disini tau, rugi kalau tak dengar.


https://www.facebook.com/mohdfaizul.ikhwanerusan/videos/4031358990214464/UzpfSTEwMDAwNDQzMDUwMDIxNDoxOTY1ODk4MTYzNTY3ODQ4/

Monday, 28 September 2020

Apa Itu BIDMON

 "Hari hari aku tengok ko up pasal shower bidara lemon ni. Best sangat ke?"

BEST! Aku yang jual, mestilah aku cakap best. Haha!

Benda best, mestilah wajib kita share kan. Kat Malaysia ni jarang sangat lah jumpa shower gel natural organik yang rege mampu milik macam shower bidmon ni.


Dah lah guna bahan gred premium. Pastu takde Paraben ngan bahan SLS. Memang bagus sangat lah untuk kulit ni tak rosak dek bahan kimia tu.

Nak redakan panas badan dengan mandian shower gel bidara lemon ni pon sesuai sangat. Kalau ada anak demam kan, try ikhtiar dengan mandian bidmon ni. 


Alhamdulillah kami dapat banyak feedback yang guna untuk mandian, suhu badan anak turun.

Gabungan yang sangat menyegarkan.


Seriyesss tak tipu. Kalau tipu, masuk api neraka.

Bidmon tu maksudnya bidara lemon. Singkatan bagi Bidara dan Lemon. Jadilah dia Bidmon Shower Gel.🤭