Thursday, 16 April 2020

PKP Bersambung Lagi

Masya Allah, sudah tahap gelombang ketiga Covic-19. Walaupun akak tak pernah rasa zaman Jepun, bagaimana rasanya berada dalam Perintah Berkurung dari Kerajaan. Akak masih rasa semuanya terkawal. Tiada rasa ancaman nak tidur malam. Walau hakikatnya, musuh kami ini ghaib. Kalau Jepun dulu, nyata kaan.

Dari 31 March, disambungkan 14 April. Dan kini disambung lagi 28 April. Allahuakbar.
Ramadhan pula dah hampir tiba. Adakah kali ini adakah tiada lagi terawih berjemaah di surau dan masjid? Sebaknya rasa hati. Terasa ruginya selama ni tak penuhkan Ramadhan.
Ya Allah ampuni kami Ya Allah. Kami hambaMU yang lemah dan lalai kepadaMU. Ampunilah kami Ya Allah.


Walaubagaimanapun, keadaan kian membaik. Alhamdulillah Malaysia masih terkawal walaupun kekadang ada yang melampaui batasan. Bukan apa, mereka tertekan duk berkurung dalam rumah. Bercuti tu best tetapi bercuti cara ini memang menyakitkan.

Opss, akak okey je sebab kami memang dah biasa life macam ni dari ada arwah lagi. Cuti cuti Malaysia puun, dalam rumah.

Alhamdulillah. Asbab keadaan ini, segala kian bagus. Yea "bagus". 
Baguslah, sumbangan sana sini kian aktif dan adil tak macam dulu. Maybe Allah nak cuci kot. Alhamdulillah. Akak dan arwah antara mangsa kejadian dulu.

Tak mau lah cite. Nanti orang kata " hei, u tak move on lagi?" hahahha.

Moga kita terus dilindungi Allah Taala dan terus sihat. Bahagia sokmo yea.

A S S A L A M U A L A I K U M

Monday, 3 February 2020

Anak Belajar, Ibu Bekerja



Bukan senang nak ajak anak anak ni belajar. Inilah cabaran di zaman dunia IT. Allahuakbar, ternyata berbeza sangat.
Tak sama zaman ibu belajar dulu. Sambil ulangkaji sambil berniaga. Penat? Memang penat sampai customer kejutkan sebab nak order barang hahaha.
Itulah pengalaman paling manis.

Malam ni ajak anak anak ulangkaji dan dalam yang sama ibu buat kerja bisnes. Aduh! Ibu yang tak boleh fokus. Sekejap tanya itu, sekejap lagi tanya ini. Bagaimana itu. Mengapa begini.

Tengah idea nak tercurah, terus terbantut. Hahaha.
Takpelah, kita santai santai je lah sambil diteman Mr Grey sebelah akak ni. Iyea, Lampu Garam Bukit Grey. Sangat membantu untuk gangguan mistik.

Cahaya dia tak berapa terang. Sesuai bagi mereka yang tak suka terang. Selain tu ada juga jenis jenis lain. Ada premium, biasa, putih dan delima.

Boleh letak di pejabat, ruangan membaca, dapur, ruang tamu, bilik tidur, spa, reseptionis dan ruang makan. Selain cahaya, ia nampak cantik tau. Pastu ada haruman yang mendamaikan suasana.

Tapi dalam entri akak tak nak sentuhlah pasala lampu ni, kang korang kata akak asyik nak menjual je kan. Kita sembang kosong je ni.

Saturday, 1 February 2020

Doa Yang Tercicir

Kisah seorang hamba Allah tentang mimpi seorang wali di perkuburan.

Di dalam mimpi, wali itu melihat roh ahli-ahli kubur sedang mengais - ngais rumput seperti mencari sesuatu.

Tiba-tiba beliau melihat ada seorang roh ahli kubur yang sudah berusia tua duduk istirehat di atas kuburnya sendiri.

Beliau memutuskan untuk bertanya kepada roh orang tua tersebut.

Wali : "Pakcik, kenapa pakcik duduk istirehat dengan tenang, sedang kan ahli kubur lain sedang ramai mengais rumput- rumput di situ?"

Roh orang tua : "Jika engkau mahu tahu jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yang masih muda di situ. Penjual daging itu adalah anak ku sendiri"

Wali tersebut lalu beranjak dari situ dan kemudian terjaga dari tidur nya.

Keesokan harinya, wali itu mencari penjual daging yang masih muda tersebut di pasar.

Setelah ketemu, beliau hanya memperhatikan dari Jauh kelakuan penjual daging tersebut.

Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya Dia sambung membaca Quran.

Wali tadi terkejut lalu mendekati untuk menjumpai pemuda tersebut.

Wali :
"Assalamualaikum wahai anak muda. Saya ada beberapa pertanyaan untuk mu"

Penjual daging:
"Waalaikumussalam. Ya boleh. Apakah pertanyaan itu wahai Wali?"

Wali :
"Adakah kamu mempunyai seorang ahli keluarga yang meninggal dunia yang dikuburkan di kampung ini?"

Penjual daging itu terkejut seraya berkata,
"Ya ada itu adalah ayahku! "

Wali:
"Aku melihat roh ayahmu dalam mimpi ku. Beliau begitu tenang di sana. Apa amalan yang kau lakukan untuk ayah mu wahai anak muda?"

Penjual daging:
"Aku membaca al-Quran dan aku berdoa kepada Allah, jika bacaan ku itu terdapat pahalanya aku sedekahkannya untuk ayahku"

Masya-Allah!

Iktibar dari kisah ini kenapa roh ahli kubur yang lain sedang mengais-ngais rumput di situ?

Jawapan nya adalah kerana mereka sedang mencari percikkan- percikkan doa yang didoakan oleh orang lain dari lafaz "Al kulli muslimin wal muslimat wal Mukminin wal mukminat"

Dan mengapa roh orang tua itu hanya duduk istirehat adalah kerana doa anaknya yang selalu di khusus kan untuknya.

Dahsyat sangat kan doa seorang anak khas untuk ibu bapanya?

Kesimpulannya, perbanyakanlah berdoa untuk kedua orang tua dan saudara kita yang sudah tiada untuk kesenangan mereka di Alam Barzakh.

Doa seorang anak akan terus sampai kepada ibu bapanya terutama anak lelaki yang mana syurganya di bawah redha ibunya.

Kredit to: Buku Doa Tak Tertolak


Monday, 20 January 2020

Pentingnya Doa

Semangat itu letaknya diroh kita. Allah tiupkan semangatNYA, Asma Ul HusnaNYA ke dalam diri kita, baru kita nampak diri kita. Baru wujudnya kita. DIA tiup dengan kasihNYA. 

Berhati hati dengan roh kita. Berhati hati dengan semangat.
Bila rohnya mati, semangatnya tiada. Jaga emosi, bila ia terganggu keseluruhannya terganggu.

Sebab tu digalakkan mandi garam. Garam apa? Garam bukit.
Pastikan niat kita betul. Ruqyahlah sendiri. Kita perlukan keyakinan diri sendiri nak bangkitkan semangat. 
Ikhtiar ni hanya 30% sahaja tetapi keyakinan diri kita itulah penyembuhan yang terbaik.

Masa mandi kena berdoa, doa dirasai, doa sungguh sungguh. Menjiwai doa.
Doa tu penting, kita berbicara dengan Allah. Tak boleh doa cincai. Kena betul landingnya.
Doa itu boleh mengubah seseorang. Even lepas sembahyang, wajib doa.




Thursday, 9 January 2020

Baby Tantarum Terus Diam

Bila Aura Kita Cantik, Baby Tengok Pun Suka

Terobek kisah di klinik.
Seorang baby asyik menangis, puas nenek dan atoknya pujuk. Maknya pula pujuk, tak juga mau berhentinya.
Akak pandang pandanglah juga tetapi bila tengok nenek dan atoknya macam tak selesa. Akak buat tak tahu. Tapi telinga akak pasanglah. Bagi anak tu susu. Mak baby cakap dia tak nak.
Stress maknya kena desak.
Tiba teringat anak buah akak si Al Fateh. Bila opah dan mama dia dah tak leh pujuk, akaknya talian hayat tolong pujukkan sehingga dia tidur. Yang mereka pelik lama pun, walhal mereka dah cuba sampai lenguh.
Berbalik pada baby tadi.
Akak nekad gak nak pandang dia. Akak agah dia. Dia boleh dia dan ralit pandang akak sehingga mak dia pandang akak macam agak pelik. Anak dia diam terus.
Haa itulah penangan Aura. Bila aura kita baik dan mengembang, manfaatnya dirasai oleh orang lain. Tak pasal dapat pahala bantu meringankan masalah orang. Betul ke betul.
Nak ke nak.
Aura yang tak baik, baby akan menangis lagi parah kalau kita pandang tau. Pernah dulu sewaktu akak "sakit", akak pandang buah usia dalam 4 tahun konon nak agah je tapi kena ludah. Mujur tak kena tau. Masa tu akak tak tahu sakit yang mistik. But mujur kejadian tu berlaku, akak pi berubat. Baru tahu kena "sesuatu".
Tapi le ni kan bila pandang je budak, budak tu akan ralit pandang balik walaupun muka akak tak lah comel kaan. Hahaha.
Moral of story: Amalkan mandi garam bukit sokmo ye.

Saturday, 4 January 2020

2020

Alhamdulillah.
Bertemu jua tahun 2020. Dulu zaman sekolah hebat diperkatakan Wawasan 2020.
Arwah sempat berbicara dengan akak, sempat tak dia menjejak 2020. Takdir Allah, perancangan Allah siapa yang tahu.
Memori arwah sahaja yang masih menjejaki hati hati kami.

Kali ke 2 akak bermimpi. Mimpi yang sama. Maybe mimpi ucapan tahun baru kot.
Akak mimpi akak kehilangan arwah tetapi bukan kematian. Sebaliknya mimpi umpama arwah sedang merajuk yang panjang dan tidak akan kembali. Tertanya tanya apa dosa akak, kenapa harus merajuk lama dan hilang begitu sahaja tanpa jejak.

Bila terjaga, akak disedarikan oleh memori bahawa arwah telah kembali kepadaNYA dalam dakapku. Memori aku memeluknya. Akak berbisikkan kepadanya kata kata indah, abang insan terindah anugerah Allah buat ziana dan anak anak.

Subhanallah, perginya mencecah 2 tahun. Tetapi saat bersama sering terasa baru semalam berlaku.

Akak tahu dia tenang dan bahagia di sana.  Alhamdulillah, nikmat bahagia Allah berikan kepada akak, anak anak dan dia hingga saat akhirnya terzahir bahagia diwajahnya yang sudah tidak bernyawa lagi. Allahuakbar.
Mungkinkah ada pengganti? Kuasa Allah. Takdir Allah. Perancangan Allah adalah Rahsia Allah.

Apa yang perlu akak harungi, adalah masa depan bersama 3 permata cinta kami dan orang tua akan yang kian berusia.

Tahun 2020, akan akak gapai segalanya dengan yakin dan jaya. Akak tahu Allah sentiasa ada bersama. Ujian adalah latihan. Rezeki adalah ganjaranNYA. Tetapi rezeki hadir dengan pelbagai rupa dan rasa.

Akak perlu praktik segala ilmu yang akak pelajari. Ulangkaji dan kaji kembali ajaran sifu sifu dan BERTINDAK.

In shaa Allah, blog ini akan terus berkarya. Berkongsi manfaat dari sudut pengalaman hidup, bisnes dan motivasi.

Ilmu terhebat adalah pengalaman diri kita sendiri. Usah sering merendahkan diri. Bangkitlah dan pandang ke hadapan.

Doa yang baik baik. Kata yang baik baik. Lakukan yang baik baik.
In shaa Allah kebaikkan Allah datang kepada kita, yang baik baik.




Maziana Zainal
Usahawan Online


Wednesday, 25 December 2019

USAH KESALI HARI SEMALAM,
BANGKITLAH UNTUK HARI INI DAN BESOK.

USAH MERATAPI KELUKAAN YANG BERLAKU,
CIPTALAH KEGEMBIRAAN UNTUK MENDATANG.

USAH KUSUTI PERKARA YANG TAK PERNAH BERLAKU,
SYUKURI NIKMAT YANG DIRASAI.

SAMBUTLAH 2020 DENGAN KESYUKURAN, AGAR KEBERKATAN DAN KERAHMATAN MENGIRINGI KITA SELALU.

TETAPI 2019 JUGA PERLU KITA SYUKURI KERANA IA MENGAJAR KITA MENGENAL PELBAGAI CUBAAN DAN UJIAN.