Alhamdulillah.
Bertemu jua tahun 2020. Dulu zaman sekolah hebat diperkatakan Wawasan 2020.
Arwah sempat berbicara dengan akak, sempat tak dia menjejak 2020. Takdir Allah, perancangan Allah siapa yang tahu.
Memori arwah sahaja yang masih menjejaki hati hati kami.
Kali ke 2 akak bermimpi. Mimpi yang sama. Maybe mimpi ucapan tahun baru kot.
Akak mimpi akak kehilangan arwah tetapi bukan kematian. Sebaliknya mimpi umpama arwah sedang merajuk yang panjang dan tidak akan kembali. Tertanya tanya apa dosa akak, kenapa harus merajuk lama dan hilang begitu sahaja tanpa jejak.
Bila terjaga, akak disedarikan oleh memori bahawa arwah telah kembali kepadaNYA dalam dakapku. Memori aku memeluknya. Akak berbisikkan kepadanya kata kata indah, abang insan terindah anugerah Allah buat ziana dan anak anak.
Subhanallah, perginya mencecah 2 tahun. Tetapi saat bersama sering terasa baru semalam berlaku.
Akak tahu dia tenang dan bahagia di sana. Alhamdulillah, nikmat bahagia Allah berikan kepada akak, anak anak dan dia hingga saat akhirnya terzahir bahagia diwajahnya yang sudah tidak bernyawa lagi. Allahuakbar.
Mungkinkah ada pengganti? Kuasa Allah. Takdir Allah. Perancangan Allah adalah Rahsia Allah.
Apa yang perlu akak harungi, adalah masa depan bersama 3 permata cinta kami dan orang tua akan yang kian berusia.
Tahun 2020, akan akak gapai segalanya dengan yakin dan jaya. Akak tahu Allah sentiasa ada bersama. Ujian adalah latihan. Rezeki adalah ganjaranNYA. Tetapi rezeki hadir dengan pelbagai rupa dan rasa.
Akak perlu praktik segala ilmu yang akak pelajari. Ulangkaji dan kaji kembali ajaran sifu sifu dan BERTINDAK.
In shaa Allah, blog ini akan terus berkarya. Berkongsi manfaat dari sudut pengalaman hidup, bisnes dan motivasi.
Ilmu terhebat adalah pengalaman diri kita sendiri. Usah sering merendahkan diri. Bangkitlah dan pandang ke hadapan.
Doa yang baik baik. Kata yang baik baik. Lakukan yang baik baik.
In shaa Allah kebaikkan Allah datang kepada kita, yang baik baik.
Maziana Zainal
Usahawan Online
No comments:
Post a Comment